May 9, 2012

Insan Biasa

Assalamualaikum Readers :)

Alhamdulillah, hari-hari aku berlalu dengan menikmati nikmat Allah dengan penuh kesyukuran, Insya Allah. Aku  terasa ingin mencoret sesuatu di entry aku kali ini. Tapi, ini hanya la luahan aku, tiada tuju kepada sesiapa. Andai sesiapa terasa, aku memohon kemaafan sehingga infiniti. :)

Aku seorang insan biasa, tidak lari dari membuat kesilapan, kesalahan, dosa-dosa. Aku insan biasa. Namun, aku cuba untuk berubah. Doa la aku. Jangan jatuhkan aku. Aku berusaha untuk berubah. Doa la aku dalam doa kalian. Sama-sama kita berdoa. Insya Allah :)

Aku takut, aku tak sempat menebus kesalahan ku. Kadang-kadang aku taktau dimana salah aku,. Aku mohon kemaafan kalian. Aku insan biasa. Aku sentiasa berharap ada yang menegur kesalahan aku, agar aku dapat perbetulkan diri ku ini. Tidak kisah, dari keluarga ku sendiri, sahabat-sahabat, mahupun orang asing. Aku perlukan teguran, nasihat anda. Semoga, kita sentiasa berada di atas landasan yang benar. Amin.

Ayah ku sentiasa berpesan, mencari sahabat biarlah sahabat itu, apabila kita melihatnya, kita terus mengingati Allah. Mencari sahabat, biarlah sahabat yang membawa kita dekat pada Allah. Namun, dalam mencari sahabat sebegitu, jadikan diri kita sebegitu jua. Insya Allah :)


Dari google ;)

Smile makes your day. Lets smile :)

Apr 30, 2012

What I miss the most.

Assalamualaikum and Hye.

Mesti rasa kepelikan melanda kan? Rajin pula Asma Siddiqa ini buat entri baru. padahal dia baru je update. Apa kes ini? Haha. Takda apa pun sebenarnya. But, I'm being triggered by something, hmm maybe can say by someone nak tulis kali ini. Siapa someone itu? Apa something itu?

Well, nak cerita la, dulu-dulu 3 years ago lebih kurang, aku dengan kawan baik aku ini * dia tak bagi sebut nama dia, takut makin ramai peminat dia. opsss* minat benda yang perempuan jarang minat. Okay, perempuan-perempuan yang ada interest sama dengan kami, aku kata JARANG, so means bukan kami je, ampa termasuk la. haha. Okay merapu dah. Entry aku kali ini nak cerita apa yang kami minat ini la. *Serious aku rindu sangat time ni. Time ini kami sangat la tak matured and mudah terpengaruh by the younger. opss. Kami pun muda, cuma kami terpengaruh dengan lagi muda dari kami. faham? haha

Mesti rasa lambat kan benda apa la kami minat sangat ni. Haha. Itsss showtime.

AVENGED SEVENFOLD!

*Style kan? Okay takmau puji. haha

Haaa ni la kami into sangat. Avenged Sevenfold. Dulu, memang minat sangat la. Kawan baik aku ini, dia minat Zacky. Yang agak comel and kecik tu. Elok la kawan baik aku tu minat. Sama je. haha ampun ye makcik! ;) Aku sukaa itu yang tiga dari kiri. He is a drummer. Tapi dia RIP dah. Smart kot dia main drum. Tak percaya. Cuba tengok video depa tajuk Afterlife, sila perhati dekat drummer sahaja ya. Okay sangat style. :D

Drummer :)

Zacky Vengeance and Synyster Gates

Antara lagu yang sangatttt aku minat. Afterlife. Lagu ini sangat la awesome dengan suara M.Shadows, the vocalist yang sangat la awesome. dengan The Rev, the drummer yang sangat la mencairkan aku. Okay tipu, aku suka part dia pusing sticks ja. haha. and Zacky and Syn, the guitarist yang sangat alalala comel. Lepas itu, lagu Dear God and Seize the Day antara yang the best la. Seize the Day tu berjaya membuat seseorang itu nangis. haha serious lawak. Sebab aku takda la sampai tahap itu. Eh, siapa seseorang itu? Biar la rahsia. 

Yang jadi aku semangat sangat tulis A7X ini, junior aku and kawan aku, depa pi tengok Konsert Avenged Sevenfold kat Malaysia baru-baru ini. Serious aku jealous. Tapi, kalau ada peluang pun, takkan aku pi la. Aku perempuan neh. haha :)

To my bestie (Name can't be stated here. hahah) , serious aku rindu sangat dekat hg. Rindu la time kita sama-sama hardcore dekat Avenged Sevenfold. :')

Fuh, terpanjang sikit entri kali ini. Enjoy reading, readers :) Adios ;)

Smile makes your day. Lets smile :)




Apr 27, 2012

Dinihari Dinar

Assalamualaikum. Hey, I'm back.

But still, aku tak tahu aku nak karang apa ini. Ni aku tulis pakat sedap je.
So readers, kalau suka, keep on baca, kalau tak suka boleh je tekan tanda pangkah kat tab atas tu. hehe. Bukan apa, aku tak nak la orang mengata blog aku tak best walaupun hakikat tak best. haha. Okay, aku dah start mengarut meraban.

Kali ini, takda entry aku pi jejalan. Sebab sangat la busy nak ke mana-mana. Aduh cepat la June, nak cuti nak pi travel, nak ambil gambar. haha. Just nak bagitau last week, aku join satu program which is known as Dinihari Dinar di Kulim, Kedah.

Apa Dinihari Dinar itu? Sat, nak cerita la ini. haha. Okay, satu program di mana ada penerangan pasai dinar dan dirham ini. Dinar dirham pn taktau apa? Meh tengok entry aku yang dulu kat sini : Dinar dan Dirham Dekat program in, ada penerangan, selepas itu ada juga mcm orang buka booth jualan and yang menariknya bayar dalam dinar dan dirham. which is SO INTERESTING. Well, booth jualan tu dipanggil Souq(Pasar). So peniaga-peniaga yang nak membuat jualan kat program ini, you are welcomed. Takda charge sewa tapak ke apa ke? Just, mai meniaga and syarat dia kena terima dinar dan dirham. Bukan nak rugi, guna dinar dirham, malah akan lebih untung. Tak percaya? Try la dulu. In same time, peniaga dan pembeli akan rasa satu perasaan yang takleh tergambar time buat sesi jual beli guna dinar dirham. I'm experienced it. Its indescribable.

Masa penerangan itu juga, depa bagi talk la pasai kenapa kita nak kena hidupkan semula dinar dan dirham ini? Kenapa tak guna je duit kertas ini? Apa yang ada disebalik penggunaan duit kertas? Malah, mereka memberi penerangan tentang zakat, riba dan sewaktu dengannya. Tak rugi kalau pergi. Kita bukan je dapat ilmu. Kita juga menghidupkan semula sunnah Rasulullah. Orang yang mengamalkan Sunnah Rasulullah, orang itu disayangi Rasulullah :)

Eh, aku tak habaq pun details dia kan?

Program Dinihari Dinar


Tempat : Surau Al-Munawarrah, KTC,Kulim Kedah. 

Hari : Setiap hari Sabtu


Masa : 9.30pagi sampai tengah hari.


Datang and experienced sendiri. Insya Allah, ampa takkan rasa rugi :) 


Ayah aku ada cakap : Garisan penamat kita bukan di atas dunia ini, tapi di akhirat sana. Di dunia ini persinggahan untuk kita kumpul bekalan nak bawa ke alam sana. Insya Allah, semoga Allah sentiasa membimbing kita di atas jalan yang benar. Amin :)


Last but not least

Smile makes your day. Lets smile :)

Apr 15, 2012

Cuti dah tamat

Assalamualaikum.

Fuh!Fuh!Fuh! dah berhabuk sangat ceq punya blog ini.Bukan apa disebabkan kekangan masa  dan KEMALASAN yang melanda serta kekurangan idea yang sangat la gersang kering kontang. Okay takyah duk melalut.

Alhamdulillah seminggu cuti Mid-Semester dah nak sampai ke penghujungnya. Tapi yang sedihnya, banyak perkara tak dapatkan disempurnakan masa cuti ini. Antaranya nak balik Terengganuu tercinta, nak makan makanan Terengganu. *rindu sangat makanan terengganu. Lepas tu tak dapat makan nasi kndaq. Tapi takpa la Allah Maha Mengetahui. rezeki ceq tak da untuk makanan-mkanan tu masa ini,

Yang bestnya, cuti dah nak habiss, baru kalut nak buat segala Lab Report yang terbengkalai dalam beg. Apa kan daya, setiap kali nak buka, hati duk kata ish esok je la buat. haha last-last apa pun tak buat. :D

Back to Uni life. hmmm


Tamat sudah cerita aku. Lab report tak siapppp lagi, kbai!!

Smile makes your day. Lets smile :)

*Seandai itu terbaik untuk ku, semoga Allah permudahkan. Amin :)

Mar 25, 2012

Travel :D

Assalamualaikum :)

Lama dah tak mai mengarang kt sini. Busy campur malas campur takda mood nak menulis. haha :D Ni sajaaa nk cerita pasai TRAVEL. hehehe bukan nak bagi definisi ke apa ke. Ni just nak tunjuk tempat aku dan kawan-kawan aku pi. 24/3/2012.

10orang kami, dua biji kereta. hehe aku la drivernya. Lepas gian. erk? haahha = =' Keluar dari uni pukul 9pagi, balik uni pukul 10.30mlm. Lepas tu, minyak banyak g, pusing keliling uni sampai 11.30 gak la. hahaa takda kerja pnya pasai :D Best gilaa sebab ramai-ramai pi. Dari Bukit Bendera, kami singgah Queensbay, lepas tu kami pi Kebun Bungaa (cantik sangat wehhh), then pi Teluk Bahang, kemudiaaan pi makan kt Padang Kota Lama.

Jom jom meh tengok gambar. Pictures worth hundreds, thousands, millions of wordssss :D

Bukit Bendera :D


Bukit Bendera

Kami meninggalkan kenangan di Bukit Bendera :D

Cantikkan weh. Subhanallah :D

Sakura <3

Subhanallah :)

Pokok Sakura

Kami lalu atas ni, panjang weh lebih dari 100m, rasa macam jalan atas air :O *lembik lutut ketaq pnya pasai

Masjid Terapung, Tanjung Bungah

Kerang Bakaq, Padang Kota Lama :D


Smile makes your day. Lets smileeeee :)

Feb 16, 2012

Lawatan ke KMPP

Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya jejak juga kaki buat kali ke dua ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang terletak kat Pongsu Seribu. :D Walaupun setahun je aku duduk sini, but still no place can replace this place. T_T Rinduu member, rindu life. Quite hate Uni's life T_______________T
Pongsu Seribu Cafe *Tempat wajib :P

Oh Padang tenis :D

Blok apa tah nie. Fizik kot. Ke aku menipu :P

Balai Cerap. Cepatla siap, nk guna nie :P

Dewan Farabi. suka berlari-lari dalam nie :P

Tasik. Awat warna bertukaq? Junior ampa buat apa niee? :P

dahh la tu. Sapa nk tgk KMPP ku sayang, mai melawat, kalau senang nak masuk la :P


Smile makes your day. Lets smile :D

Feb 12, 2012

A Trip to Langkawi :)

Assalamualaikum :)
Kali ini post tentang trip to Langkawi. Tau kat mana tempat ini? Kat Kedah Darul Aman. Juga dikenali sebagai Chocolate Heaven *okay aku yang bagi panggilan ini :P Jom-jom tengok gambar dah :D
Jeti Kuala Kedah :)

Susunan Pokok Getah yang menarik. *whatever :P

Ehem tiket paling mahal - Underwater World. Soalan paling bodoh pernah terkeluar
dari mulut aku : Erk, takda Ular ka kat sini depa tunjuk? Lupaa Under Water T_T

Pulau Dayang Bunting *kena kejaq dengan monyet =='

brother2 ataih bot :D

I dunno depa dapat nama ini sempena apa. And takda apa pun sini :P

Cable Car :D

Menara kat cable car. Dingin :)

terletaknya Telaga Tujuh kat situ :D

Jalan Mati Teluk Datai *tujuan nak cari lokasi pengembaraan Ombak Rindu :P



Sunset on the way balik Sungai Petani :)

Fuhh, balik dari Langkawi, terbakar sangat aku. Yang hitam makin hitam :P Nice trip walaupun tak beli apa sangat since pokai dah :P hehe


Smile makes your day. Lets smile :)

Feb 1, 2012

Dinar dan Dirham

Assalamualaikum sahabat handai :)


Alhamdulillah, setelah lama tak menjenguk ke blog, akhirnya ada juga kesempatan untuk membuat nukilan baru. hmm tajuk kali ini, benda yang bukan baru, malah telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w
Sebenarnya, kita sedar akan kewujudan Dinar dan Dirham ini, tetapi pandangan kita telah dikaburkan atau lebih tepat dibutakan dari melihat kebenaran. Sekarang, kita telah didedahkan semula Dinar dan Dirham ini, jadi untuk apa lagi kita berdiam diri, ayuh kita bersama-sama bangkit dan bangun memperjuangkan sunnah Rasulullah s.a.w ini.


Dinar dan Dirham


Apa itu Dinar? Apa itu Dirham?


Dinar merupakan syiling emas yang beratnya 4.25g mengikut piawaian Saidina Umar Al-Khatab. Manakala, Dirham merupakan syiling perak yang beratnya 2.975g. Kedua-dua mata wang ini digunakan untuk membayar zakat, mahar, tabungan, bahan pertukaran, hadiah dan sebagainya.



Penggunaan Dinar Dirham
  1. Untuk tabungan dan lindung nilai kerana emas dan perak itu berharga.
  2. Untuk hadiah dan sedekah kerana dinar dirham itu sendiri bernilai.
  3. Untuk membayar zakat dan mahar kerana ia dianjurkan oleh syariah.
  4. Untuk berjual beli kerana kedua-duanya ialah bahan perantaraan yang diterima umum dan merupakan mata wang syariah
Untuk Tabungan dan Lindung Nilai

Abu Bakr Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah salallahu’alaihi wa salam bersabda:
Satu masa akan sampai kepada manusia dimana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham.” Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal.
Emas dan perak adalah mata wang paling stabil di dunia. Ia terbukti berkesan dalam melindungi harta daripada hakisan inflasi. Sebagai contoh, harga ayam pada zaman Rasulullah salallahu ‘alaihi wa salam ialah ialah 1 dirham. Hari ini, setelah lebih 1,400 tahun, harga seekor ayam masih lagi di sekitar 1 dirham.
Aset anda anda terselamat dari susut nilai akibat tekanan inflasi. Semakin merudum nilai wang kertas, semakin melonjak nilai dinar dan dirham anda. Bertukarlah kepada dinar dan dirham.
Untuk Hadiah dan Sedekah

Dinar dan dirham boleh dijadikan sebagai hadiah untuk sebarang acara dan majlis.

Timbanglah rambut Husain dan bersedekahlah untuk sebarang berat rambut tersebut dengan (dirham) perak dan berikanlah kaki akikah kepada suatu kaum.” Hadith riwayat Baihaqi daripada Ali Ibn Abi Talib.
Pembayaran Zakat

Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga maka pengambilan dan pembayarannya hendaklah dibuat dengan mata wang syariah iaitu dengan dinar dan dirham terutamanya untuk zakat harta, seperti yang telah dilakukan sejak awal Islam sehinggalah jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.
Ain dan Dayn

Zakat hendaklah dibayar dengan bahan yang ain dan bukannya dayn. Menurut Imam Abu Bakr al-Kasani dalam kitabnya Bada’i al-Sana’i, zakat mestilah dibayar dengan barangan ain, dan tidak boleh dibayar dengan dayn iaitu hutang, tanggungan mahupun nota janji.
Kadar Zakat Harta

Zakat Harta merujuk kepada emas dan perak dalam semua bentuknya dan barang dagangan. Jumlah nisab untuk zakat harta ialah 20 dinar (85gram) dan 200 dirham (595gram). Bagi setiap 20 dinar, zakat yang kena bayar ialah 1/2 dinar dan bagi setiap 200 dirham, zakat yang kena bayar ialah 5 dirham. Ukuran disini bukanlah harga emas atau perak, tetapi beratnya.
Untuk Mahar(Mas Kahwin)

Abu Salamah Ibnu Abdurrahman radhiy allahu anhu, berkata:
Aku bertanya kepada Aisyah radhiy allahu anha: “Berapakah mas kahwin Rasulullah salallaahu ‘alaihi wa salam? Dia berkata: ‘Mas kahwin baginda kepada isterinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy’. Dia bertanya: ‘Tahukah engkau apa itu nasy?’ ‘Aku jawab: Tidak.’ Aisyah berkata: ‘Setelah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham’.” Hadith riwayat Muslim.
Malik berkata:
Aku tidak bersetuju jika wanita dinikahi dengan (mas kahwin) kurang dari seperempat dinar. Itu adalah jumlah terendah, yang [juga jumlah terendah] untuk mewajibkan pemotongan tangan [kerana mencuri].” – Imam Malik, Al-Muwatta.
Terdapat ramai pasangan di Malaysia yang telah pun menggunakan dinar dan dirham sebagai mas kahwin sejak tahun 2000 lagi..
Untuk Urusan Berjual Beli

Dinar dan dirham adalah mata wang syariah maka ia boleh digunakan sebagai bahan perantaraan untuk berjual beli. Amalan berjual beli seperti ini sudah dilaksanakan sejak permulaan Islam lagi dan merupakan salah satu cara untuk menangani masalah riba.
Kebebasan

Persoalan mengenai wang pada asasnya ialah persoalan mengenai kebebasan. Apabila orang ramai diberi kebebasan untuk memilih, mereka memilih emas dan perak. Kita kini dipaksa menerima wang fiat (wang kertas) yang nilainya ditentukan oleh undang-undang.
Kembalilah kepada emas dan perak. Kedua-dua mata wang dwilogam iaitu dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertiban. Dinar dan dirham adalah jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.
Bakal dilancar pada bulan March 2011, insya allah :)


*Harga semasa boleh dilihat pada website ini : www.islamicmint.com.my
* Ingin mengetahui maklumat lanjut atau bertanya lebih lanjut boleh join group Dinihari Dinar di Facebook :)

Itu sahaja la yang mampu aku berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian. :)

Smile makes your day. Lets smile :)





Jan 18, 2012

Kenangan Lama

Assalamualaikum teman-teman :D

Alhamdulillah cuti sem dah start. Means dah berakhirnya Semester 1 aku sebagai seorang pelajar farmasi. Tinggal lagi 7 sem. Harap boleh survive sampai penghujung. Amin :) Insya-Allah.

Sebenarnya, aku terfikir nak menulis tentang kenangan lama aku. Lama ke? Takda la lama sangat. Kenangan aku di sebuah kem. Kem Perik 2011/2012. Kem ini merupakan satu kem yang wajib bagi setiap pelajar USM. kalau dak takleh grade *depa-depa la kata :P

Kem Perik ini terletak kat Kuala Nerang, Kedah Darul Aman yang tercinta :) Ada dekat 100++ juga la yang ditempatkan kat sini. Dari bilangan tu, ada 18 orang budak Farmasi. Termasuk la aku. Aku takmau cerita sangat. Meh tengok gambar dah la. Kem Perik ini seperit namanya. Kami siri terakhir ni, kena ragging la sikit, tp tu semua menjadi kenangan terindah gak la, walaupun time tu, mmg nak cabut lari je :P


Ni la budak-budak Farmasi 2011/2012 

Company B. *kami menang neh :P


Platun aku. *tak ingat la pula Platun berapa T_T


Okay we need to cross this *the only thing aku tak lepas =='


Again dengan coursemates :)


*Pictures credit to my fasilitator , Abg Syakir :)

Last but not least,

Smile makes your day. Lets smile :)

Jan 15, 2012

Finally :)

Assalamualaikum sahabat :)

Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah perjuangan aku. Perjuangan? Peperangan ke? Hehe peperangan dalam dewan peperiksaan. The most difficult, extreme, drop-dead-killer examination berbanding exam-exam aku pernah hadapi. Sebab tu lama aku tak cuci blog aku ini. Dah berdebu dah. :) I'm hoping for the best. Insya Allah. Allah knows what the best for me.

Hari pertama menduduki paper Microbiology, menyebabkan aku jadi sangat down untuk paper-paper seterusnya. Alhamdulillah dengan support kawan-kawan, doa yang tidak putus-putus dari kedua-dua ibu bapa aku, aku berjaya juga menghadapi exam nie. May Allah bless them and us . Amin :)


Now, I'm free. Dalam pemikiran dan perancangan aku, mcm-mcm nak buat. Dari nak ke vacation, nak menimba ilmu yang luar dari bidang ku, dan juga menjadi tutor math. Mai-mai sapa nak suruh aku ajar math. :) Tu la salah satu cara aku nak hilangkan rindu ku pada Math memandangkan aku tak belajar math da la nie. :')

Smile makes your day. Lets smile :)

Jan 7, 2012

Kematangan

Assalamualaikum :)

Baca tajuk tau dah boring, haha tapi well nak cerita gak pasai kematangan ini. Matang ini ukur dari segi apa ya? Umur ka? Sikap ka? Buah fikiran ka? atau wajah yang menampakkan kematangan? hmm, susah sebenarnya nak mengukur kematangan seseorang tu. Kematangan ini subjektif.. Aku pernah berbincang hal ini dengan budak kos aku. Aku mengatakan yang umur bukan mejadi satu ukuran kematangan. Kawan aku ini pun kata dia setuju dan dia bertanya bagaimana nak mengukur kematangan ini? Haaa, dengan tu aku rasa nk tulis blog pasai ini :P

Ini ada satu cerita, yang tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. :)

Hmm macam mana nak start ya. Ada la beberapa watak dalam cerita ini, yang terdiri dari A dan B dan C. Si A ini merupakan seorang mahasiswa dekat sebuah universiti tempatan. Dia mengetahui sesuatu yang kebanyakan orang lain, dan dia cuba berkongsi hal ini. Si A ini sentiasa mencari bahan-bahan rujukan yang boleh menyokong isu dia. Selepas dia dah yakin untuk berkongsi dengan lain, dia cuba mencerita isu itu dengan rakan-rakannya. Namun, ada la seorang ( watak lain yang dipanggil B) yang lebih tua dan makan garam dari Si A, cuba membangkang isu Si A ini. Pada awalnya Si A ini okay je lagi, lepas tu Si B ini cuba membangkang dan mengatakan Si A ini tidak cukup umur lagi untuk bercakap tentang isu.

Okay stop kat situ, apa yang saya cuba HIGHLIGHT disitu, tidak semua yang lebih muda itu, tidak mengetahui apa-apa. Kalau Si B sendiri tidak fasih tentang hal itu, sepatutnya mengkaji dan bukan membangkang secara tanpa sokongan.

See, umur dekat sini, bukan menjadi satu ukuran kematangan. Kadang-kadang orang yang lebih muda lebih matang. Matang dari segi pemikiran. Bagi saya, kematangan seseorang itu dapat dilihat melalui buah fikirannya dan tindakakannya. Bukan tindakan yang mengutamakan emosi. *peace

Smile makes your day. Lets smile :)

Dec 29, 2011

 Assalamualaikum and Good Evening, peeps :)


Coretan ku ini bukanlah untuk mengatakan ku baik atau segalanya. Ku juga seorang hamba Allah yang tidak sempurna, yang masih banyak kelemahan diri. Tapi, Insya Allah sama-sama kita mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik. Ku hanya ingin berkongsi sesuatu yang semua orang mungkin tahu, tapi lupa.

Hidup kita ibarat sebuah roda, sekejap diatas sekejap dibawah. Ku percaya semua mengalami kesusahan dan kesenangan. Tapi jangan la kita berduka, mengeluh, merungut kerana setiap perkata yang berlaku ada hikmahnya.

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Insyarah ayat 5-6

' Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan'

Telah jelas bahawa janji Allah, setiap kesulitan yang dialami ada jalan keluarnya. Sabarlah menghadapinya. Kerana itu, sabar itu separuh daripada iman. Namun, kita sebagai hamba Allah, hendaklah sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal.

My mom always reminds me, each time you remember Allah, you say Allah, you will see wonder. Trust Allah. Insya Allah, kita akan dibantu oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Smile makes your day. Lets smile :)

Dec 27, 2011

A start


Well comrades, its just a starting. Never expect too much :)

Smile makes your day. Lets smile :)