Assalamualaikum and Good Evening, peeps :)
Coretan ku ini bukanlah untuk mengatakan ku baik atau segalanya. Ku juga seorang hamba Allah yang tidak sempurna, yang masih banyak kelemahan diri. Tapi, Insya Allah sama-sama kita mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik. Ku hanya ingin berkongsi sesuatu yang semua orang mungkin tahu, tapi lupa.
Hidup kita ibarat sebuah roda, sekejap diatas sekejap dibawah. Ku percaya semua mengalami kesusahan dan kesenangan. Tapi jangan la kita berduka, mengeluh, merungut kerana setiap perkata yang berlaku ada hikmahnya.
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Insyarah ayat 5-6
' Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan'
Telah jelas bahawa janji Allah, setiap kesulitan yang dialami ada jalan keluarnya. Sabarlah menghadapinya. Kerana itu, sabar itu separuh daripada iman. Namun, kita sebagai hamba Allah, hendaklah sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal.
My mom always reminds me, each time you remember Allah, you say Allah, you will see wonder. Trust Allah. Insya Allah, kita akan dibantu oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Smile makes your day. Lets smile :)
No comments:
Post a Comment