Jan 23, 2015

Santai Ukhuwah Semester Tujuh


Manisnya sebuah ukhuwah. Syukur dipertemukan dengan mereka semua. Percaya atau tidak, tinggal lagi satu semester untuk bersama mereka. Lepas ini, bertebaran lah kami semua di serata negeri membawa haluan masing-masing.

Semoga aku di antara kenangan yang terindah.

Kami habis peperiksaan akhir semester tujuh tepat jam 11.00 pagi 9 Januari 2015. Dan aktiviti setiap sidang/semester, akan diadakan sebuah santai ukhuwah pada keesokkan harinya.

Kali ini, ketua kami memilih di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau, Penang. Dengan berkonvoikan 11 buah kereta, kami bertolak dari universiti dalam pukul 8.30 pagi. Seronok. Tambah seronok sebab dah habis peperiksaan. :P

masih tak cukup bilangan


Mencari yatyat

Layang-layang



Tuju selipar

Permainan tradisional menjadi pilihan hati. Mengimbau zaman berlari di dalam masjid, zaman cepat nak habis ngaji nak main, zaman yang pi ngaji tak perlu disuruh-suruh sebab nak main punya fasal.

Rounders, Zero Point, Tuju selipar, Anak ayam-musang, Pepsi-cola.

Kenangan. 
Insya allah, dirindui :')

No comments:

Post a Comment