Assalamualaikum. Hai and hai!
Semakin lama cuti, semakin taktahu arah aku dibuatnya. Padahal sebelum cuti hari tu, macam macam rancangan nak buat. Nak buat itu, nak buat ini, semua itu dusta. Sukar digapai. Kehkeh
Alhamdulillah. Tahun ini adalah tahun yang aku sambut Maulidur Rasul selama sebulan. Phew! Cuma tak kesempatan nak join perarakan ja. Macam tahun tahun lepas, sambut kat sekolah ja, eh ada ka? Erm entah.
|
Ini la posternya :) |
Pada 12 Rabiuawal 1434 bersamaan 24 Januari, aku pergi ke Stadium Suka Menanti Alor Setar pukul 8malam. Bertolak dari Sungai Petani lepas asar dengan keluarga aku. Malam itu, Tuan Guru Haji Salleh cerita tentang ketika kelahiran Rasulullah
Intipati dari Tuan Guru Haji Salleh. ( apa yang aku ingat la )
- Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah. Ketika baginda , dua bulan dalam kandungan ibunya, bapanya meninggal dunia.
- Belum Rasulullah dilahirkan lagi, masih dalam kandungan, seluruh makhluk Allah kecuali manusia sangat gembira kerana mereka tahu mereka akan mendapat pemimpin.
- ketika Rasulullah dilahirkan, cerah bagaikan bulan purnama. Dan yang sambut Rasulullah, bidadari bidadari dari Syurga. Masya Allah.
- Rasulullah disusui ramai wanita. Antara Halimatun Saadiah. Di negeri Arab, kebiasaanya akan ada satu kumpulan yang datang, untuk ambil anak angkat dalam tempoh yang dijanji. Halimatun Saadiah ini sangat miskin dan tiada mencukupi susu untuk menyusui. Namun, apabila dia memegang Rasulullah, ada saja susu. Subhanaallah. Lepas tu, Halimatun Saadiah membawa Rasulullah pulang dengan untanya yang sangat uzur, namun sebaik sahaja Rasulullah duduk di atas untanya, unta Saadiah menjadi sihat malamh lebih laju dari unta unta yang lain.
Yang itu ja aku ingat. Lepas tu, ada lantunan lantunan qasidah dari Darul Hadis pimpinan Syeikh Zainul Asri. :) kemudian dalam pukul 12mlm pulang ke Sungai Petani. And and kami sesat sebab cari kedai mkan kt Alor Setar. Sampai sungai petani pun dalam 2pagi.
Kemudian, pada 25 Januari 2013, ada sambutan Maulidur Rasul di Surau Al-Munawarrah, Kulim, Kedah. Pada malam ini, ada bacaan Miftah Wirid yang diketuai oleh ayah saya. :) alhamdulillah, sangat seronok baca wirid reramai, walaupun rata rata disitu baru malam itu diperkenalkan Miftah Wirid ini. :) kemudian, ada bacaan qasidah reramai. Ramai budak tahfiz Maualana Rafidi turut menyertai qasidah itu. Lepas itu, Maulana Rafidi bercakap mengenai Tanda-tanda Kecintaan kepada Rasulullah dari Kitan As-Shifaa.
26 Januari 2013, kami pergi lagi Stadium Suka Menanti, malam kemuncak Lantunan Mahabbah. Malam ni Syeikh Nuruddin Al-Banjari bercakap. Intipati beliau lebih kurang Tuan Guru Haji Salleh.
Beliau juga ada berkata, ketika Rasulullah lalu, semua pokok, haiwan, batu akan tunduk hormat kepada Rasulullah. Selain itu, sebelum Nabi Adam dilahirkan lagi, nama Muhammad sudah tertulis dalam Syurga. Ya Allah, beruntungkan menjadi umat Nabi Muhammad. :'). Rasulullah tidak pernah lupa akam umatnya, malah setiap malam Baginda berdoa untuk umatnya. umati, umati, umati. Ya Allah, rindunya aku pada kekasihMu, Rasulullah saw.
Sambungan enteri berikutnya......
P/s: panjangnyaaa :o