Apr 9, 2013

Cinta

Assalamualaikum.

[Kredit]


"Weh, aku rasa aku suka dia la" aku mengadu kepada sahabat baiknya. Keluh dan resah. Perasaan suka aku ini tidak lagi main-main seperti zaman persekolahan dahulu. Aku mula memikirkan masa depan. Bukan itu berpasangan (Baca : Couple), mahupun itu suka-suka. 

"Habis itu? Hang nak suruh aku buat apa?" si sahabat baik ini mula bertanya. Kasihan gamaknya. 

Aku mengeluh. Aku sedar aku tidak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan tuan badan yang disukai. Tapi aku tekad. Seandainya tertulisnya jodoh aku dengan tuan badan itu ada, ada la. 

Allah Maha Mengetahui.

"Aku bukan apa, aku sedar aku ni tak layak untuk dia. Aku bukannya berniqab. Pakai jubah pun kekadang ja. Ha tak lemah-lembut. Kasaq kedegaq pula tu." aku mengadu lagi. 

"Hish hg ni. Tak baik la cakap macam tu. Hang jangan la underestimate orang macam itu. Orang macam tu tak semestinya dia mencari zaujahnya yang berniqab, berjubah semua itu" nasihat si sahabat baik ini.

Aku sedar itu, tapi aku cuba berpijak pada bumi yang nyata. Bukan di atas angan-angan yang susah untuk digapai. Mengukur baju biarlah di badan sendiri. Aku mula berazam untuk berubah sedikit demi sedikit.

Sahabat baik aku ada kata yang sesetengah orang seperti si dia ini memerlukan orang seperti kita ini yang belum sampai tahap untuk dipanggil Muslimah Sejati untuk mereka membimbing. Dengan bimbingan mereka, mereka ubah kita dengan izin Allah. Mereka hendakkan itu kekadang.

Sahabat baik aku teruskan lagi yang kita ini tak nampak apa seperti mereka nampak. Dalam fikiran kita, kita nampak apa yang kebiasaanya. Orang yang berserban, berjubah bersama orang yang bertudung labuh, berniqab. Mostly yes. But one in the most, ada yang tak. Barangkali si dia the one. Who knows?

Satu hari.

"Umi, adik rasa adik suka si dia ni la" aku mula memberitahu umiku apabila aku berasa yakin dengan perasaan aku ni. Walaupun aku tahu, aku masih belum layak untuk meluahkan perasaan aku ini. Diri sendiri belum lagi stabil sudah berbicara hal seperti ini. Hm.

Umi aku tidak memberi sebarang respons, membuat aku lagi keluh resah. Aku mula memikirkan respons negatif.

"Haaa, mesti umi aku gelak dekat aku ini. Tidak padan dengan diri, nak orang seperti itu" hati aku mula berbisik. Aku kecewa. Aku marah pada hati aku yang degil sangat ini tidak dengan arahan tuan badan.

Aku pun lupakan hasrat aku itu. Aku tetap tekad untuk berubah. Untuk berebut gelaran Muslimah Sejati. Allah dah atur yang terbaik untuk hambaNya ini. Aku hidup di muka bumi ini pun untuk menjadi hambaNya. Bukannya hamba kepada perasaan aku, pada nafsuku atau diriku sekalipun.

Semua ini pinjaman. Perasaan itu pinjaman. 

Seandainya tertulis nama si dia untuk aku, aku mohon padaNya dengan si dia itu, mendekatkan aku lagi pada Penciptaku.

Biarlah aku berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Usaha ke arah menjadi baik dahulu, sebelum inginkan yang terbaik. 

[Kredit]

"Adik, umi bersyukur dengan perubahan adik ini. Walaupun adik ini masih kasaq, hehe umi sejuk tengok adik. Adik berubah kerana Allah, ya sayang. Hidup ini adik, untuk Pencipta kita sahaja. Letak cinta kita pada Allah dan Rasul melebihi semua, okay? " nasihat umi yang buat aku tertunduk malu. Malu dengan diri sendiri. 

Khilafnya aku.

Ada tiga perkara, yang apabila ketiga-tiganya ada dalam diri seseorang, maka dia akan merasakan manisnya iman: 1) Orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segalanya. 2) Orang yang mencintai orang lain hanya kerana Allah, dan 3) Orang yang enggan kembali kafir setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran, sebagaimana dia enggan untuk dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



Cerita ini sebagai kongsian. Tidak melibatkan mana-mana pihak. Kemaafan diiringi seandainya ada yang terasa. Malah, "Aku" dalam cerita ini mungkin ya atau mungkin tidak adalah penulis. Hewhew :P

Nota kaki 
  • Mohon padaNya. Luah padaNya. Insya Allah itu penyelesaian. 
  • Utamakan ibu bapa. Jangan membuat sebarang keputusan tanpa merujuk pada yang lebih makan garam :)
  • Mencari cinta manusia biarlah di belakang menggapai cinta Allah dan Rasul. Bukan dihadapan.

Smile makes your days. Lets smile :)



Apr 2, 2013

Sepintas lalu

Assalamualaikum :)

Short update. Seriously, percaya sangat la aku nak berupdate secara pendek-pendek ini. Hewhew.

April. April. April.
Jujur, masa cepat sangat berlalu. Hehe. Sudah nak tamat semester keempat. Waa, makin dekat dengan alam dewasa. Sekarang masih kanak-kanak. Mohon lempang. :P

Walawei, tinggal lagi empat hari lagi nak cuti midsem. Seronok tak terkata. :)

Hmm apa lagi, haa lepas ini, aku dan kumpulan aku akan buat animasi.Benda yang lama dah aku teringin sangat nak belajar. Nak tahu orang buat macam mana cerita Upin Ipin tu. Pernah kot terlintas dekat fikiran aku, orang lukis kartun atas kertas lepas tu masukkan dalam komputer tu macam mana?

La ni mana guna kertas, terus lukis atas komputer. Dasyat tak dasyat. Ke aku ja jakun? 0_o. Haa lepas ini boleh buat Kartun Asma Siddiqa. Berangan number satu. Haha.

Masuk kos farmasi kat sini, multitasking. Dari aku semester pertama sampai la ni, aku pernah jadi pelakon, video editor, singer (pernah ke?), animator, hmm apa lagi. Seronok tu seronok la kalau bab tak belajar ni, bila mai kena serious dalam belajar, *bunyi cengkerik dah kedengaran :P*

Ni aku jadi pelukis :P
Sekian short update dari penulis. Haha. 

Smile makes your day. Lets smile :D