Assalamualaikum.
Semoga Allah memberkati kita, siapa pun kita, dimana pun kita. Amin. Semoga Allah melindungi kita, melindungi kita dari perkara yang tidak mendatangkan keredhaan Allah. Hidup kita kan mencari keredhaan Allah. Amin. Insya Allah. Sama-sama berdoa.
Pengakhiran dan permulaan. Kedua-duanya tidak mendatangkan mana-mana kegembiraan untuk diri aku. Sejujurnya aku berkata. Namun, apakan daya, aku kena hadapinya. Sesukar mana rintangan, sesukar mana dugaan, sesukar mana cabaran. Hadapi. Ya. Perasaan sedih, takut ada. Tipu kalau aku kata takda. Bukan aku la tu kalau takda.
Pengakhiran yang bakal membawa diri aku ke universiti semula selepas lebih kurang tiga bulan bersama ahli keluarga yang sangat ohsem. Selama lebih kurang tiga bulan dengan keluarga, macam-macam berlaku. Ada yang menarik, ada yang mematangkan aku, ada yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Begitulah. Melihat semua yang terjadi dari sudut positif. Baru hidup sentiasa gembira. Kan?
Permulaan pula. Permulaan aku sebagai pelajar tahun kedua. Terus sebagai pelajar di universiti yang sama, sebagai pelajar kos yang sama. Sebagai aku yang masih sama. Mungkin? atau sudah berubah aku ini? Masih ada sisa-sisa semangat aku untuk meneruskan karier aku sebagai pelajar di uni dan kos yang sama. Hampir saja aku berubah fikiran, berpatah balik. Namun, alhamdulillah, dengan dorongan dan sokongan dari ahli keluarga, iringi doa mereka yang tidak pernah putus, dari sahabat handai yang tak pernah rasa lelah melayan telatah aku yang kadang-kadang orang pun berasa mahu pang. Ampun!
Begitulah cerita/nukilan aku. Kehabisan idea membuat aku mengarut sahaja dalam entri kali ini. Mohon maaf sesiapa yang berasa jengkel dengan entri aku kali ini. Mohon doa kejayaan aku. Agar aku bisa kuat hadapi kehidupan aku di uni yang sangat 'seronok'. Sekian.
Smile makes your day. Lets smile. :)