Aug 26, 2012

Untuk Dia :)

Assalamualaikum. :)

Dah lama tak mengupdate blog. Still not to late, wishing you guys again with Selamat Hari Raya. Dah masuk raya ke-8, and raya's feeling pun dah lama gone. Berat pun makin naik. :P haha. Normal la kan? ;)

So, this entry saja syok-syok buat since takda kerja nak buat. Ahhhh, I fall in love with Untuk Dia. Reason? Ada la. haha *opsss jangan duk nak kontroversi sangat la Asma oi. Reasonnya, lagu ni sangat la catchy. and it catches me. :P Okay enjoy video kat bawah. Legally copy from youtube. Booyeah!


Likely I'm drawing. Erkkk not so nice. But still acceptable. :P




                                       
Ah jatuh cinta with this song <3 


Okay. Adios!

Smile makes your day. Lets smile :)

Aug 17, 2012

Hari Kemenangan

Assalamualaikum.

Kita dah sampai ke penghujung Ramadan. Sejujurnya, aku sedih sangat kita akan clash dengan Ramadan, entah dapat berjumpa lagi ke tak dengan Ramadan. Allah sahaja yang Mengetahui hal ini.

Gayanya nak balik kampung dah, jadi tak sempat nak update nanti. Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri semua muslimin dan muslimat, readers aku :) Aku mohon maaf jika ada entry aku ni mengguris perasaan ampa. hehe. Aku juga minta maaf kepada semua kenalan aku. Mohon ampunnya :)

Walaupun Ramadan bakal meninggalkan kita, tak bermakna amalan-amalan kita sepanjang Ramadan juga kita tinggal. No okay :) Keep on doing tadarus, keep on solat berjemaah, keep on Selawat ke atas Junjungan Rasulullah, Keep on everything you do to search for Keredhaan Allah. *Ayat rojak terus -.- *
But seriously, jangan tinggal apa yang kita didik diri kita sepanjang Ramadan. Insya Allah, peringatan ini untuk aku dan semua. Kalau aku terlupa sila ketuk kepala aku, bagi teguran dan nasihat kat aku.

Kepada yang nak balik kampung, May Allah with you along the journey pergi dan balik. Semoga selamat sampai. :) Kepada yang tak balik kampung, have the experience, sambut raya di perantau. hehe :) To all, again Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)



Nak duit raya! Nak duit raya! ;)

Raya raya juga, pergaualan, perbuatan sila jaga ya. Jangan melampaui batas. Taat pada suruhan Allah, tinggalkan apa Allah larang. Insya Allah hidup kita bahagia dan mudah. :)

p/s : Zakat jangan lupa keluarkan. :)

Smile makes your day. Lets smile. :)


Aug 6, 2012

Satu menjadi dua

Assalamualaikum.

Apa-apa pun, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dulu :) Apa khabaq semua? Semoga sihat dan sejehatera dalam perlindungan Allah. Amin. Macam mana puasa? Dah masuk hari yang ke-17. Semoga kita masih beristiqamah dalam menjalankan ibadat. Insya Allah. Sekian, itu sahaja intro. Eh baru intro, jangan tutup lagi. :D

Satu sudah menjadi dua tepat pada 4 Ogos 2012. Nombor mungkin tak boleh menjadi satu ukuran untuk mengukur Kematangan. Alhamdulillah. Tapi bagi aku menjadi satu perubahan yang besar 1 kepada 2 kerana aku cukup pertahan nombor 1 tu. ;). Yang menjadi seribu rahmat, kesyukuran,  Allah masih bagi peluang untuk aku meneruskan hidup aku dan terus menyembah Allah s.w.t. dan memohon keampunan dariNya.

Seperti mana Allah berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 18 : "Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih."

Sejuta penghargaan dan terima kasih *erkkk ayat rumusan folio :| kepada yang wish dan doa untuk aku yang tak henti-henti dari pelbagai laman sosial dan sms. Terima kasih. Semoga Allah memberkati ampa semua. Amin. You guys really make my day :')

Ramai yang bertanya, "eh, tak sambut birthday ke? Dapat hadiah apa?"

Hadiah yang berupakan doa-doa dari ampa pun dah memadai. Cukup bermakna bagi aku. hehe. Sejujurnya selama aku hidup di atas muka bumi Allah ini, ada sekali ja orang menyambut birthday aku, time matrik :) sebab tu aku tak sayang zaman lain selain zaman matrik .  Dan aku tak pernah kisah pun fasal sambutan birthday, nak buat aku terima dengan terbuka. tak buat pun takpa. Tapi jangan lupa doakan kesejahteraan aku di dunia dan akhirat sana. :)

Akhir sekali, semoga dengan peningkatan umur ini, bertambahlah amalan aku.Insya Allah. Doa-doa aku ya. :) . Dan nak berpesan pada diri aku terutamanya dan semua yang sudi singgah ke blog aku, Semoga kita terus dan terus istiqamah dalam beribadat kepada Allah. Bulan Ramadan hampir melabuhkan tirainya dan bakal meninggalkan kita, masih sempat ke kita ke Ramadan seterusnya? Wallahualam. Jom sama-sama kita mengaut segala kelebihan dalam bulan Ramadan ini, Insya Allah :)

Smile makes your day. Lets smile :)