Feb 27, 2013

Cerita hati

Assalamualaikum.
Hai dan hai! Phew! Boleh rasa aura keturajaan aku? Haha. Semester keempat dah bermula dua minggu. Dan tahu apaa? Setiap minggu aku balik. Rumah sakit yaw! Biar orang nak kata eleh, rumah hang lempar batu pun dah kena bumbung nampak tak kehiperbolaan aku?  Tapi siapa kisah weh! Rumis manis rumah kot. Selagi ada kelapangan waktu, memang aku akan jejak kaki ke rumah tercinta ku itu, aku takkan habis masa terluang ku disini. Phew!

Dah habis berleter. Biasala bila aku yang bernama aku ini balik ke rumah kedua ini, mood dan segala perangai aku berubah. Haha. Hanya sesetengah ja manusia tahu. Yang tidak tahu tu duk senyap senyap. Eh, emosi betul la makcik ini malam ni.


Ehsan dari Google

Sebelum cuti hari tu, aku berazam sangat nak berubah cara pembelajaran aku. Tapi tu la azam tinggal azam, harapan tinggal harapan. Jujurnya, aku dah kekurangan kasih sayang, eh?  ketekunan, kerajinan, kesemangatan untuk meneruskan pelajaran aku ini. Ada banyak faktor la yang buat aku macam ni. Tapi demi negara yang tercinta, okay hang takyah duk gebang sangat, demi ilmu fardhu kifayah ini, niat Lillahitaala ini, aku cuba, cuba dan terus mencuba. Doa aku ya.

Haaa nak tahu tak? Nak tak? Macam orang kisah laa asma oi!  Takpalah, aku undur diri. *sorokmukabawahbantal. Sobs. Takda apa pun sebenarnya. Gimik ja teruk. Apa apa pun kan. Tolong doa kesejahteraan aku. Tolong doa kesihatan yang baik untuk aku. Tolongg doa aku untuk semua perkara agak dipermudahkan segalanya. Insya Allah

Smile makes your day. Lets smile :) 




Feb 15, 2013

Diri aku sendiri.

Assalamualaikum.

Berbakikan dua hari lagi cuti, merebut kesempatan buat entri baru. Alhamdulillah keputusan penuh semester tiga pun dah keluar. Alhamdulillah. Redha. :)

Tiada arah tujuan pun entri kali ini.

Cuma. Erm.

Aku tidak perlu jadi orang lain. Aku tidak perlu memenuhkan kepuashati orang lain. Manusia tidak akan puas dengan manusia lain. Ada ja dipandangnya keburukan orang lain. Begitu jua aku. Astaghfirullah.

Aku perlu memenuhi keredhaan Allah. Aku hamba Allah. Hamba kena perlaku seperti hamba. Hamba melakukan apa yang disuruh dan tidak buat apa yang dilarang.

Tapi,

Kalau Tuan kita tidak kenali, bagaimana nak bertindak sebagai hamba? Kenal dahulu Tuanmu. Sifat-sifat wajib bagiNya. Sifat-sifat mustahil bagiNya. Kutip-kutip dan terus kutip ilmu mengenal Tuanmu.

Ilmu duniawi boleh kita kerah masa dan tenaga untuk dapatkan ilmu itu. 

Menangis.
Aku berkerah tenaga untuk ilmu itu.
Tapi ilmu Iman, Islam dan Ihsan?
Aku campak ke laut.
Padahal ia wajib atas aku.
Menangis lagi aku.

Sedar tidak sedar,
Aku berada di pengakhiran zaman.
Bukan dipermulaan zaman, bukan di kemuncak zaman,
Masa berlalu,
Dunia akan berakhir,
Tapi aku?
Masih kalut dengan hal duniawi.

Belajar farmasi bersungguh-sungguh, dapat keputusan seperti tidak diingini, berontak, marah, kesal.

Marah? Kesal? Berontak?
Pada siapa?
Pada diri mu?
Sedar tidak sedar, Allah yang menetapkan untukmu, wahai hamba.

Hati belum bersih.
Masih ada lagi unsur negatif

Zikrullah.
Zikrullah.
Zikrullah.

Insya Allah, hati bersih malah tenang. Menerima dengan redha. Syukur.


Feb 12, 2013

Sambutan Maulidur Rasul II

Assalamualaikum :)

Enteri kali ini sambungan dari Sambutan Maulidur Rasul I


Posternya :)

Pada 1 hingga 3 Februari ada sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Pondok Islahiah, Sungai Karangan, Kedah. Aku hanya berkesempatan pergi pada 1 dan 3 Februari saja. 2 Februari aku berasa malas untuk pergi. Rugi kan?

Pada 1 Februari, aku bertolak dari Sungai Petani lebih kurang 6.40petang. Di situ ada juga jualan jualan. And kebanyakan yang hadir di pondok ini Kaum Adam. :) Malam itu, Tuan Guru Haji Salleh mengetuai solat hajat dan juga sedikit tahlil. Cara Tuan Guru Haji Salleh menunaikan solat hajat :-

- 4 rakkat, dua salam
- rakaat pertama, bacaan surah Al- Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak 10kali dan yang lain seperti biasa.
- rakaat kedua, bacaan surah Al- Fatihah dan Al-Ikhlas sebnyak 20 kali.
- Untuk solat kali kedua, rakaat pertama Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 30kali. Dan Rakaat kedua, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 40kali.
-dan berdoa seperti biasa.

Selepas itu, ada lantunan qasidah dari pelajar pondok itu sendiri. Dan ceramah dari Tuan Guru Haji Salleh dibtalkan kerana Tn Guru tidak larat. Ulamak ulamak dari Indonesia juga tiba pada malam tu.

Pada 2 Februari, mama dan abah sahaja yang pergi. Ada bacaan kitab dari Ayah Su Tiba.

Kemudian, 3 Februari, bacaan kitab Syamail Rasulullah dari Ustaz Abdul Razak. Menceritakan fizikal Rasulullah, cara Rasulullah makan, bersandar, duduk. Subhanallah. Ikut kita amalan atau Sunnah Rasulullah ini saja dah dapat pahala. Tp ikut ke kita?

P/s: saya ada buku Syamail Rasulullah ini yang saya beli di Pondok Islahiah ini, siapa yang nak boleh  private message saya di Facebook saya :)

Pada malam 3 Februari itu, ada jemputan dari Prof.Dato' Haji Harun Din. Dan saya tidak kesempatan untuk hadirkan diri kerana ada tuition. Skemaaa ya ayat? Phew!

Sekian saja penceritaan saya.

Bnyak saya pelajari. Dan membuahkan lagi kerinduaan saya kepada Rasulullah. Semoga saya dan
semua Muslims bersama Rasulullah di Syurga nanti. Amin.

Ada sabda Rasulullah, seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintai di akhirat sana. Cintai
Allah dan Rasulullah lebih dari segalanya :)

Disini, saya senaraikan beberapa tajuk qasidah qasidah :) dan saya ada buku yang mengandungi lirik serta makna qasidah qasidah ini. Siapa yang nak photostat, boleh la private message saya di Facebook. Insya Allah :)

- Selawat Thobibiyah
-Qasidah Al-Jaliliyah
-Saaltuallah
-Ya Hanana
-Ya Badratim
-

Feb 5, 2013

Sambutan Maulidur Rasul I

Assalamualaikum. Hai and hai!

Semakin lama cuti, semakin taktahu arah aku dibuatnya. Padahal sebelum cuti hari tu, macam macam rancangan nak buat. Nak buat itu, nak buat ini, semua itu dusta. Sukar digapai. Kehkeh

Alhamdulillah. Tahun ini adalah tahun yang aku sambut Maulidur Rasul selama sebulan. Phew! Cuma tak kesempatan nak join perarakan ja. Macam tahun tahun lepas, sambut kat sekolah ja, eh ada ka? Erm entah.
Ini la posternya :)
Pada 12 Rabiuawal 1434 bersamaan 24 Januari, aku pergi ke Stadium Suka Menanti Alor Setar pukul 8malam. Bertolak dari Sungai Petani lepas asar dengan keluarga aku. Malam itu, Tuan Guru Haji Salleh cerita tentang ketika kelahiran Rasulullah

Intipati dari Tuan Guru Haji Salleh. ( apa yang aku ingat la )
- Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah. Ketika baginda , dua bulan dalam kandungan ibunya, bapanya meninggal dunia.
- Belum Rasulullah dilahirkan lagi, masih dalam kandungan, seluruh makhluk Allah kecuali manusia sangat gembira kerana mereka tahu mereka akan mendapat pemimpin.
- ketika Rasulullah dilahirkan, cerah bagaikan bulan purnama. Dan yang sambut Rasulullah, bidadari bidadari dari Syurga. Masya Allah.
- Rasulullah disusui ramai wanita. Antara Halimatun Saadiah. Di negeri Arab, kebiasaanya akan ada satu kumpulan yang datang, untuk ambil anak angkat dalam tempoh yang dijanji. Halimatun Saadiah ini sangat miskin dan tiada mencukupi susu untuk menyusui. Namun, apabila dia memegang Rasulullah, ada saja susu. Subhanaallah. Lepas tu, Halimatun Saadiah membawa Rasulullah pulang dengan untanya yang sangat uzur, namun sebaik sahaja Rasulullah duduk di atas untanya, unta Saadiah menjadi sihat malamh lebih laju dari unta unta yang lain.

Yang itu ja aku ingat. Lepas tu, ada lantunan lantunan qasidah dari Darul Hadis pimpinan Syeikh Zainul Asri. :) kemudian dalam pukul 12mlm pulang ke Sungai Petani. And and kami sesat sebab cari kedai mkan kt Alor Setar. Sampai sungai petani pun dalam 2pagi.

Kemudian, pada 25 Januari 2013, ada sambutan Maulidur Rasul di Surau Al-Munawarrah, Kulim, Kedah. Pada malam ini, ada bacaan Miftah Wirid yang diketuai oleh ayah saya. :) alhamdulillah, sangat seronok baca wirid reramai, walaupun rata rata disitu baru malam itu diperkenalkan Miftah Wirid ini. :) kemudian, ada bacaan qasidah reramai. Ramai budak tahfiz Maualana Rafidi turut menyertai qasidah itu. Lepas itu, Maulana Rafidi bercakap mengenai Tanda-tanda Kecintaan kepada Rasulullah dari Kitan As-Shifaa.

26 Januari 2013, kami pergi lagi Stadium Suka Menanti, malam kemuncak Lantunan Mahabbah. Malam ni Syeikh Nuruddin Al-Banjari bercakap. Intipati beliau lebih kurang Tuan Guru Haji Salleh.
Beliau juga ada berkata, ketika Rasulullah lalu, semua pokok, haiwan, batu akan tunduk hormat kepada Rasulullah. Selain itu, sebelum Nabi Adam dilahirkan lagi, nama Muhammad sudah tertulis dalam Syurga. Ya Allah, beruntungkan menjadi umat Nabi Muhammad. :'). Rasulullah tidak pernah lupa akam umatnya, malah setiap malam Baginda berdoa untuk umatnya. umati, umati, umati. Ya Allah, rindunya aku pada kekasihMu, Rasulullah saw.

Sambungan enteri berikutnya......

P/s: panjangnyaaa :o