Dec 2, 2012

Time is precious.





Ya Allah, Engkau berkatikanlah waktu-waktu kami
Penuhilah kehidupan kami dengan rahmatMu.
Ya Allah, jangan lah Engkau biar kami tenggelam dalam kealpaan dan kelalaian kami terhadapMu.
Jadikan kami hamba yang sentiasa mengingatiMu dalam setiap desah nafas kami.
Amin.

Assalamualaikum. Masih lagi berkesempatan menaip entri baru pada bulan baru ni, walaupun aku sebenarnya dan sepatutnya tiada lagi waktu untuk menghadap benda ini. Mohon bersabar. :)

Disember. Ya Allah, cepatkan masa berlalu. Baru sahaja aku merasa aku bermula sebagai pelajar tahun kedua. Final exam semester satu hampir menjelang. Keluh.Mohon doa kejayaan aku diselangi dengan kesyukuran pada Yang Esa.Terima kasih terlebih dahulu. Semoga Allah berkati kalian :)

Berfikir sejenak.Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, jangan menolak tepi amalan-amalan yang medekatkan diri dengan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Pilu. Doakan aku istiqamah. Aku berharap kalian sebegitu jua istiqamah bersama aku. Amin.

Semoga aku dan rakan seperjuangan berjaya menempuhinya dengan sabar. Biar kesibukan dan keresahan, kepenatan kita mendekatkan diri kita dengan Allah. Hikmah. Allah Maha Mengetahui.




Smile makes your day. Lets smile :)

No comments:

Post a Comment