Sep 30, 2012

Cerita Tiga Tahun Yang Lalu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah dekat sebulan dah bermulanya kelas. Semua berjalan lancar walaupun masih ada sangkut-sangkut dek kemalasan. hehe :) Doakan aku rajin. Ni sejak kebelakangan, aku asyik mengimbau kenangan dulu-dulu. Mungkin aku terlalu merindui kenangan dulu menyebabkan aku terasa nak menulis hal ini dalam entri kali ini. *berapa banyak ini daa?* :P


Kisah bermula selepas aku SPM. Kak aku cadangkan kat aku, jom teman along kat sini. Aku ibarat orang tengah mengantuk, disorongnya bantal. Memang takkan cakap tidak, walaupun di masa hadapan aku bakal menghadapi sedikit kerumitan. Rumit ke? Alah tak la. Insya Allah. Alhamdulillah rezeki aku masa itu. Bersyukur sangat.Benda apaa la yang aku duk merepek dekat intro tu. Hmmm. Jom tengok gambar dah la :) *sila abaikan wajah aku ketika umur tiga tahun yang lalu. T__T









Trinity College Library Dublin

London Brigde


Bukan minat pun Arsenal. :P




Cliff oh Moher

With my sister at Trafalgar Square, London

Limerick. The place that I missed the most due to its atmosphere :')

Along's hospital. :D


Sepanjang aku duduk dengan kak aku, aku takda la goyang kaki. Aku makan, makan, makan thousands of chocolates. haha. Aku sangat ehem ehem gemuk disana. :P Disamping itu, aku juga buat kerja sambilan. haha, dengan menjual makanan. Rajin kann aku? *silaa pang aku yang kuat perasan ni. Ni la antara yang aku masak. Siapa nak order sekarang, boleh ja, sila hubungi saya. Muehehe *melawak ja. :P Selepas dah siap masakan aku, aku pun jalan kaki ke hospital dan tinggal makanan aku dalam surau bersama tabung duit. Hehe alhamdulillah, okay la jualan aku, mampu angkut satu handphone SE.

Tempat aku beli barang dapur. Hewhew

Nasi Lemak dengan ayam goreng

Nasi Ayam.

Haha, sekian sahaja nukilan aku. Jika aku yang sekejap ja dah rindu, apa tah lagi kak aku yang almost spend almost 6 years there. :) Mesti lagi rindu. Jom along, kita g jejalan lagi. Muehehehe. Siapa nk follow, sila angkat tangan :P

Smile makes your day. Let's smile.

Sep 28, 2012

Typeless

From google


Teringat. hm

Sep 8, 2012

Terakhir dan Permulaan

Assalamualaikum.

Semoga Allah memberkati kita, siapa pun kita, dimana pun kita. Amin. Semoga Allah melindungi kita, melindungi kita dari perkara yang tidak mendatangkan keredhaan Allah. Hidup kita kan mencari keredhaan Allah. Amin. Insya Allah. Sama-sama berdoa.

Pengakhiran dan permulaan. Kedua-duanya tidak mendatangkan mana-mana kegembiraan untuk diri aku. Sejujurnya aku berkata. Namun, apakan daya, aku kena hadapinya. Sesukar mana rintangan, sesukar mana dugaan, sesukar mana cabaran. Hadapi. Ya. Perasaan sedih, takut ada. Tipu kalau aku kata takda. Bukan aku la tu kalau takda.

Pengakhiran yang bakal membawa diri aku ke universiti semula selepas lebih kurang tiga bulan bersama ahli keluarga yang sangat ohsem. Selama lebih kurang tiga bulan dengan keluarga, macam-macam berlaku. Ada yang menarik, ada yang mematangkan aku, ada yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Begitulah. Melihat semua yang terjadi dari sudut positif. Baru hidup sentiasa gembira. Kan?

Permulaan pula. Permulaan aku sebagai pelajar tahun kedua. Terus sebagai pelajar di universiti yang sama, sebagai pelajar kos yang sama. Sebagai aku yang masih sama. Mungkin? atau sudah berubah aku ini? Masih ada sisa-sisa semangat aku untuk meneruskan karier aku sebagai pelajar di uni dan kos yang sama. Hampir saja aku berubah fikiran, berpatah balik. Namun, alhamdulillah, dengan dorongan dan sokongan dari ahli keluarga, iringi doa mereka yang tidak pernah putus, dari sahabat handai yang tak pernah rasa lelah melayan telatah aku yang kadang-kadang orang pun berasa mahu pang. Ampun!

Begitulah cerita/nukilan aku. Kehabisan idea membuat aku mengarut sahaja dalam entri kali ini. Mohon maaf sesiapa yang berasa jengkel dengan entri aku kali ini. Mohon doa kejayaan aku. Agar aku bisa kuat hadapi kehidupan aku di uni yang sangat 'seronok'. Sekian.

Smile makes your day. Lets smile. :)