Jul 31, 2012

Kesyukuran

Assalamualaikum.

Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.


Kaifa halukum? *teringin nak berbalas-balas perbualan dalam Bahasa Arab. :) Apa khabaq semua? Apa khabaq Iman dan Takwa semua? Semoga berada dalam level yang sepatutnya berada. Alhamdulillah, kita dah pun menjejak kaki ke 11 Ramadan. Masya-Allah, cepatkan masa berlalu. Dah masuk fasa pengampunan. Semoga kita diampun oleh Allah. Amin :) Jangan pula kita yang lokek untuk meminta keampunan dari Allah. Sahabat semua, ayuh kita pertingkatkan iman kita, ihsan kita dan Islam kita. Insya Allah :)

Ahhh, tengok tajuk pun dah tahu kan, tak lain tak bukan pasai result la nie. Hari ini, result final Semester II baru je keluar pagi tadi. Alhamdulillah, walaupun tak sebaik mana, tapi masih ada peningkatan. Semoga terus meningkat sampai la bergraduasi. Doa aku ya sahabat semua :)





Ya, aku tahu aku masih belum kukuh lagi dalam akademik aku, tambah-tambah ketika aku berada dalam dunia Universiti ini, mungkin kerana kurang ibadat aku kepada Allah, kurang usaha yang setimpalnya *ahh ini aku mengaku. Paling penting, Allah mengatur yang terbaik untuk saya, Insya Allah. Allah Maha Mengetahui. He knows the best. 

Mak aku ada berkata pada aku setelah melihat keputusan final, "Takpa, usaha lagi. Bukan penamat segalanya. Ada perkara yang lebih penting iaitu belajar Iman, Ihsan dan Islam. Bekalan yang kita nak bawa ke akhirat sana. 

Aku memahami apa yang cuba disampaikan oleh mak aku. Belajar untuk menjadi seorang Farmasi adalah satu kifayah, tapi belajar mengenai Iman,Ihsan dan Islam adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam. Jadi, bila dapat keputusan peperiksaan, bersyukur kepada Allah. Allah lebih tahu dari kita. Allah adalah Sebaik-baik perancang. Beriman pada Rukun Iman yang keenam ; Percaya pada Qadak dan Qadar. 

Malah, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Dzariyyat ayat ke 56 ;  “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” Jelas dimana menjadi keutamaan kita dalam kehidupan dunia ini. 

Jadi, sama-sama kita menjadi Hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi. Alhamdullilah. :) 

Aku seorang hamba yang masih khilaf, yang masih memerlukan penambahan ilmu, didikan dan tunjuk ajar :)

Smile makes your day. Lets smile :)

4 comments: