Feb 27, 2013

Cerita hati

Assalamualaikum.
Hai dan hai! Phew! Boleh rasa aura keturajaan aku? Haha. Semester keempat dah bermula dua minggu. Dan tahu apaa? Setiap minggu aku balik. Rumah sakit yaw! Biar orang nak kata eleh, rumah hang lempar batu pun dah kena bumbung nampak tak kehiperbolaan aku?  Tapi siapa kisah weh! Rumis manis rumah kot. Selagi ada kelapangan waktu, memang aku akan jejak kaki ke rumah tercinta ku itu, aku takkan habis masa terluang ku disini. Phew!

Dah habis berleter. Biasala bila aku yang bernama aku ini balik ke rumah kedua ini, mood dan segala perangai aku berubah. Haha. Hanya sesetengah ja manusia tahu. Yang tidak tahu tu duk senyap senyap. Eh, emosi betul la makcik ini malam ni.


Ehsan dari Google

Sebelum cuti hari tu, aku berazam sangat nak berubah cara pembelajaran aku. Tapi tu la azam tinggal azam, harapan tinggal harapan. Jujurnya, aku dah kekurangan kasih sayang, eh?  ketekunan, kerajinan, kesemangatan untuk meneruskan pelajaran aku ini. Ada banyak faktor la yang buat aku macam ni. Tapi demi negara yang tercinta, okay hang takyah duk gebang sangat, demi ilmu fardhu kifayah ini, niat Lillahitaala ini, aku cuba, cuba dan terus mencuba. Doa aku ya.

Haaa nak tahu tak? Nak tak? Macam orang kisah laa asma oi!  Takpalah, aku undur diri. *sorokmukabawahbantal. Sobs. Takda apa pun sebenarnya. Gimik ja teruk. Apa apa pun kan. Tolong doa kesejahteraan aku. Tolong doa kesihatan yang baik untuk aku. Tolongg doa aku untuk semua perkara agak dipermudahkan segalanya. Insya Allah

Smile makes your day. Lets smile :) 




No comments:

Post a Comment