Assalamualaikum and Hai!
2 November 2011, aku menjadi fasilitator dibawah Persatuan Kebajikan Islam Malaysia USM (PERKIM) ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul AItam, Alor Setar.
Meh nak cerita sikit pasai rumah anak-anak yatim ini. Ada lebih kurang 79 anak-anak dekat sini termasuk lelaki dan perempuan, sekolah rendah dan sekolah menengah. Yang paling muda disini berumur 7 tahun dan paling tua 17 tahun. Tanah asal kawasan ini diwakafkan oleh Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman.
Anak-anak dekat sini semua bersekolah di sekitar Alor Setar. Oh, sebenarnya, rumah anak-anak yatim ini juga under PERKIM Kedah. So, kebajikan mereka alhamdulillah agak terjaga berbanding yang Sik aku pernah pergi dulu.
Kami bertolak dari USM pukul 7.20 pagi dan sampai ke rumah anak-anak yatim ini around 9.10pagi. Selepas upacara ucapan dari Pengarah Projek Mahabbah Kasih, Syafiq Awang yang merangkap YDP PERKIM USM, kemudian perasmian oleh Abi ( Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim dan juga pendakwah untuk saudara baru)
Kemudian, anak-anak ini dibahagikan dalam kumpulan. dan aku jadi fasi kepada adik-adik sekolah menengah dari form 1 sampai form 5, ada tujuh orang. Group aku awalnya aduh ada plantinum kot dalam mulut, malu-malu, lepas tu elok the ice breaks, haa tudia baru nak tunjuk sesi ramah depa.
Group aku nama CJ7. Lepas dah bertaaruf dalam kumpulan dengan lantik ketua dan buat taglinem ada sesi Jom Masuk USM, masa ni MC buat sesi quiz untuk tambah markah. Amboi adik-adik aku active menjawab ja. hehe. then, rehat, makan, solat dalam around 12.45 macam tu.
Next slotnya, ada sesi Tip-tip peperiksaan, memandangkan ada adik nak SPM dalam group aku, aku pun cerita la pengalaman aku study time SPM dulu. Semoga membantu la adik-adik. Then ada sesi mengenal bakat dan minat dan cita-cita. Ha dekat sini, agak susah untuk aku sebab ada yang bercita tinggi tapi alhamdulillah, aku cuba motivate kan diri depa. hoho. *hang bermotivasi tak kat diri hang, asma?*
Okayy dah penat bebel. Jom tengok gambar!
|
Sesi bertaaruf dan nak fikir tagline |
|
Adik-adik sekolah rendah |
|
Add caption |
|
Surau Muslimin |
|
Asrama puteri yang 50m jauh dari asrama lelaki |
|
Dewan mereka |
|
Cuaca yang terang di pagi hari |
|
Presentation dari CJ7 |
|
Adik ini form 5, dia kena duk asrama sekolah dia sebab takda sapa dah kat asrama nanti |
|
Lebat sangat hujan sampai naik air la juga di petang hari |
|
Sesi video |
|
Kami semua :) |
|
Sesi bersalam-salaman |
|
CJ7 dapat num satu, okayyy :D |
|
Syok la adik-adik dapat main hujan. haha |
Sekian. Panjang ampun maaf :P
No comments:
Post a Comment