Mar 9, 2013

Di kala ini.

Assalamualaikum

Tika hati sudah mula berbicara,
Hati dikecewakan.
Salah siapa?
Salah aku.
Kenapa?
Sebab aku tidak pernah beritahu atau beri petunjuk,
Tiba sahaja kecewa.
Parah begini.

Dua kali mungkin.
Atau lebih?
Kini tuan badan lebih pantas bertindak dari hati.
Cepat sahaja akal mengatasi nafsu mungkin.
Alhamdulillah.
Langkah yang baik.

Tapi,
Buat hati jadi lebih keras.
Seperti batu.
Mohon pada Yang Maha Esa, bukannya hitam.
Astaghfirullah. Teruskan zikrullah.

Masa belum tiba barang kali.
Yang Maha Penyayang lagi Pengasih itu,
Tahu apa yang baik untuk diri ini.
Insya Allah.
Sama berdoa.

Syukur.
Masih lagi bernafas dan,
Berpeluang menjadi hambaNya yang terbaik.
Baiki diri yang hina dan khilaf ini.
Amin.

Cerita lain.
Acap kali makan hati disini.
Cuba lupakan dan anggap tiada apa berlaku.
Fikiran tetap main peranan.
Terus memikir.
Tabah la hati

Belajar?
Alhamdulillah seadanya.
Malas lebih berkuasa.
Fikiran kerap melayang,
Sukar untuk ikatnya.

Jangan terlalu memikir,
Hati terus merana.
Astaghfirullah.
Kesian diri ini.

Tidak mampu lagi untuk teruskan. Biarlah berhenti disini.
Maafkan kekhilafan diri ini.
Teremosi kali ini.

Tahu, mengadu padaNya.
Insya Allah perkara itu tidak pernah lupa.
Terima kasih pada yang nasihat,
Semoga Allah balas jasa kalian :')


No comments:

Post a Comment