Feb 12, 2013

Sambutan Maulidur Rasul II

Assalamualaikum :)

Enteri kali ini sambungan dari Sambutan Maulidur Rasul I


Posternya :)

Pada 1 hingga 3 Februari ada sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Pondok Islahiah, Sungai Karangan, Kedah. Aku hanya berkesempatan pergi pada 1 dan 3 Februari saja. 2 Februari aku berasa malas untuk pergi. Rugi kan?

Pada 1 Februari, aku bertolak dari Sungai Petani lebih kurang 6.40petang. Di situ ada juga jualan jualan. And kebanyakan yang hadir di pondok ini Kaum Adam. :) Malam itu, Tuan Guru Haji Salleh mengetuai solat hajat dan juga sedikit tahlil. Cara Tuan Guru Haji Salleh menunaikan solat hajat :-

- 4 rakkat, dua salam
- rakaat pertama, bacaan surah Al- Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak 10kali dan yang lain seperti biasa.
- rakaat kedua, bacaan surah Al- Fatihah dan Al-Ikhlas sebnyak 20 kali.
- Untuk solat kali kedua, rakaat pertama Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 30kali. Dan Rakaat kedua, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 40kali.
-dan berdoa seperti biasa.

Selepas itu, ada lantunan qasidah dari pelajar pondok itu sendiri. Dan ceramah dari Tuan Guru Haji Salleh dibtalkan kerana Tn Guru tidak larat. Ulamak ulamak dari Indonesia juga tiba pada malam tu.

Pada 2 Februari, mama dan abah sahaja yang pergi. Ada bacaan kitab dari Ayah Su Tiba.

Kemudian, 3 Februari, bacaan kitab Syamail Rasulullah dari Ustaz Abdul Razak. Menceritakan fizikal Rasulullah, cara Rasulullah makan, bersandar, duduk. Subhanallah. Ikut kita amalan atau Sunnah Rasulullah ini saja dah dapat pahala. Tp ikut ke kita?

P/s: saya ada buku Syamail Rasulullah ini yang saya beli di Pondok Islahiah ini, siapa yang nak boleh  private message saya di Facebook saya :)

Pada malam 3 Februari itu, ada jemputan dari Prof.Dato' Haji Harun Din. Dan saya tidak kesempatan untuk hadirkan diri kerana ada tuition. Skemaaa ya ayat? Phew!

Sekian saja penceritaan saya.

Bnyak saya pelajari. Dan membuahkan lagi kerinduaan saya kepada Rasulullah. Semoga saya dan
semua Muslims bersama Rasulullah di Syurga nanti. Amin.

Ada sabda Rasulullah, seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintai di akhirat sana. Cintai
Allah dan Rasulullah lebih dari segalanya :)

Disini, saya senaraikan beberapa tajuk qasidah qasidah :) dan saya ada buku yang mengandungi lirik serta makna qasidah qasidah ini. Siapa yang nak photostat, boleh la private message saya di Facebook. Insya Allah :)

- Selawat Thobibiyah
-Qasidah Al-Jaliliyah
-Saaltuallah
-Ya Hanana
-Ya Badratim
-


No comments:

Post a Comment