Nov 11, 2015

Vacay


Assalamualaikum.

Yeayy, alhamdullillah setelah beberapa bulan terperuk dalam rumah (menipu sangatt iolls haha), akhirnya kak aku bawa aku pi bercuti. 
Ke manakah aku? Yay pandai Langkawi. Akhir sekali aku pergi Langkawi setahun setengah yang lepas mungkin, pergi dengan Geng 8. :P Tapi kali ini pergi memang pengalaman baru la untuk aku, tak pergi Island Hopping, tak naik cable car, tak panjat Telaga Tujuh, tak pijak Pantai Pasir Hitam, malah tak ambil pun gambar signature Langkawi; Helang yang kedabaq besar tepi jeti itu, habis itu, habis itu apa hang buat di Langkawi? Jomm nak cerita.


 Tunggu kak aku balik dari on-call, siap-siap semua baru tolak dari Sungai Petani ke Kuala Kedah, sampai Kuala Kedah dalam pukul 4 macam itu. Phewww 40 minit ja aku drive dari sp. Kak-kak doktor tidur dalam kereta maklumlah post-call. Tiket pukul enam ja ada. Pfftt. Sampai Langkawi dalam 7.40 juga la, lepas itu pi makan dekat Restoran Kak Yah dekat Persiaran Putra. Masa ini tak ambil gambar apa pun, haha sebab lapaq punya pasal. 

Jeti Kuala Kedah

Oh, yang pi dengan aku, kawan-kawan kak aku lima orang, termasuk aku jadi enam la. Aku ja penggangur terhormat, yang lain busiest-doctors-in-the-world :P
Okay, then kami check in BayView Hotel dekat Kuah berhadapan dengan HG Hotel. Then kak aku tanya

'Nak tak spa, pilih la spa mana nak buat. Kami nak buat spa kat sini esok pagi'

Aku pun dengan malu-malu haha pilih laa spa yang nak dibuat, uuu syoknya ada orang nak bayar. Aku buat Traditional Body Massage Rm120/hour. Masa buat spa, aku siap boleh terlena lagi -.-'

Bilik Kami *Ehsan Google*

Alun-Alun Spa
Then, esok paginya before pi buat spa kami breakfast dalam hotel itu, kak aku dia book untuk dua orang ja bilik tu, so, aku takda la breakfast, tapi aku turun, kak aku kata masuk ja nanti dia bayarkan untuk breakfast. And know what, for breakfast yang tak reach pun standard hotel four stars, RM55/person. Naa, tapi kak aku insists and aku as adik mithali masuk juga la makan. Haha

Lepas itu, check out from Bayview, pergi check in dekat Andaman Hotel. Perghh first time ini aku dengar hotel ini, maklumla biasanya kalau pergi Langkawi, motel ja duduk :P Masa sampai di lobi, ada orang layan dah, bagi air campuran serai apatah lagi dengan tuala sejuk direndam serai. -.-

Lobby

Ini bilik kamii, masa masuk dalam ini, jakun gila aku. Haha tapi tak berani pula aku nak tanya kak aku berapa ringgit semalaman. Orang bayar, takleh banyak bunyi :P






Nampak dak tangga berhampiran dengan jakuzi itu, haa turun tu pergi ke Pantai Andaman terus la. Syok gila sebab pantai ini sangat takda orang and tenang ja. Tapi air laut keruh juga la -.-







Best weh lama gila tak mandi pool. Dapat juga den merasa nak mandi pool.

Dua jam lebih breakfast nak bagi berbaloi ;p
Medical -  Ortho -  Penganggur terhormat - Surgery - Anaest - Paed
Oh, tak lupa Laksa Ikan Sekoq di Lapangan Terbang Langkawi 


Memang habis masa dalam hotel ja, banyak lagi gambar aku ambil sekeliling hotel, tapi malas pula nak upload. Hahah. Lepas itu kami check out pukul 12 lebih juga la. Then, menuju ke Kompleks Haji Ismail Group. Aku and kak aku borong coklat sahaja sampai beratus-ratus. Dekat dua jam juga dalam kompleks. Lepas itu naik feri pukul 5 sampai dekat pukul 7 juga. We have our last pitstop dekat Restoran Nelayan sebelah Petron di Jalan Kuala Kedah. 

Berakhir sudah percutian kali ini. :D

 So, nak ambil kesempatan ini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat kak aku sponsor aku dari first day sampai balik. Kawan-kawan kak aku yang sudi bawa aku sekali. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Amin.

Oct 18, 2015

The pieces

Assalamualaikum.

Since takda apa nak buat, I am still looking for any hobby i can do. Seriously i tell you, i have none. 
Jadi, aku ini jenis kalau suka/sayang something, I express them in various ways. One of them is melukis. Walaupun tangan bangku, eh ada ke simpulan bahasa ni, lantakla ada ke takda, aku melukis juga. Nak menjahit tak reti :P

and aku suka juga menulis, tapi penulisan aku tak menarik, people don't fond to read it sebab aku sendiri tak suka baca penulisan aku berkali-kali. Haha

Walaupun cuti masih tanam anggur yang kapan nak berbuah, pelbagai benda terjadi. That's why la life is moving, man. It does not wait for us. 

So, check out my artwork. Haha malu nak panggil art, tapi kalau aku tak panggil sapa nak panggil lagi, iye dok.

Excuse my bad quality Asus camera :P Ke aku yang tak pandai ambil gambar. Hehe




Inspired from The Heirs drama.


Haks nama pun budak aliran perubatan.

One of my fave band. muahsikit

<3

I am not good in using water color tapi galak beli -.-'

 Most of the pieces apa yang aku lukis, aku sayang. 
Tapi nak lukis orang tak pandai. Kalau perasan most of my lukisan is wording. Sebab itu ja pandai. Hahah :P
Adios

Aug 5, 2015

A good day

Assalamualaikum.



Yeay, it's my birthdayy. Happy birthday to me! May Allah bless and grant all my wishes. And thanks for all wishes and du'as. Yang tak ingat my birthday takpa because ageing process also makes me forget yours too. Padahal dulu  plat number kereta ayah member pun boleh ingat. Oh yeah, I still accepting the gifts so siapa nak bagi sila la, nanti private message alamat :P



And yes, alhamdulillah finally status bertukar dari aktif ke  berijazah. Alhamdulillah syukur ya Allah. I did it. Its a long journey though. and hard too. Haha. So, sekarang dah start busy preparing for the interview which is I don't know when. And aku doa aku and kawan-kawan dipermurahkan rezeki dapat posting. Doa-doa sama la ya :P 

Terima kasih semua.
Doa kalian adalah sebahagian dari kejayaan saya.
Semoga Allah merahmati and semua.
Amin

:)

Jun 21, 2015

Tamat

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan bulan Ramadan. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan ini menjadi bulan madrasah yang baik untuk kita berubah menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa. Amin.

Habis dah belajar. alhamdulillah. 20 June 2015, hari terakhir aku di usm, sempat juga berpuasa dua hari dan beriftar dengan dear friends. Seronok rupanya berbuka dengan kawan-kawan ni, nikmat dia lain. Pergi bazar sama-sama, terawih sama-sama, bergelak ketawa. Mana ada sedih, tak sedih pun.

Dari hari pertama aku masuk usm sampai la hari terakhir, aku sentiasa memerlukan sokongan dan doa dari ibu bapa dan rakan-rakan. haha kalau dak memang kecundang di tengah jalan la. Suka duka aku lalui sepanjang empat tahun di usm. Tak mudah jujur aku kata. Hahaha. Tapi alhamdulillah I did it! Sebaik sahaja habis last paper 18/6, aku macam Ya Allah seriously, I make it? Seriously? Memang tak percaya la, dari first semester first year aku kerja nak tukar kos ja. Hahah.

So sekarang ini saya ada la penganggur yang terhormat. Siapa sudi ajak keluar roger-roger la :P Hahah. Hmm kahwin? Sebenarnya sehari dua sebelum balik rumah, ada slow talk dengan member sebenarnya kahwin ini sangat memerlukan komitmen and kepercayaan. Hang bayangkan hang nak stay dengan stranger yang hang taktau baik dan buruknya, yes berkenalan tapi hang akan stuck dengan dia like forever. let say dengan kawan hang tak suka satu perangai dia, hang boleh elak dengan dia, kalau dengan pasangan hang? Wooooo. Creepy much? Haha apa-apa pun kalau ada jodoh tak kemana. ewah kalau ajal menjemput dulu? Lagi creepy ready ke tak?

Sebenanrnya aku tengah tengok gambar-gambar kenangan di usm sepanjang semester satu sampai la lapan, pergh sebak la juga. Hari tu kata tak sedih sangat, haa ambil baru dua hari di rumah dah rindu suasana di usm.

Last Day Clerkship

Kem Perik Pelajar Farmasi 1st Year 
Geng H25 2nd Sem 2nd Year 
With Prof Yuen 3rd Year

Last English Class 2nd Sem 3rd Year

Santai Ukhuwah 

Oath Ceremony 
Brotherhood

Sedihnyaa tengok-tengok gambar
Rindu.
Semoga kalian dalam rahmat Allah selalu.

:)

May 31, 2015

dua puluh hari lagi

Assalamualaikum and hai.

Minggu depan dah peperiksaan akhir untuk semester yang terakhir. Bergraduasi kah kita lepas ini? Insya Allah. Doa-doakan lah.

Tinggal lagi dua puluh hari macam itu ja nak duduk di uni ini. Keep counting the days. Sedih tak? Tak rasa lagi la. Cuma duk bilang dengan siapa aku belum hangout buat kali terakhir, maybe?

Siapa belum, angkat tangan. Hehe. Takda orangg layan :p

Takpa insya Allah, aku bukan jenis orang yang mudah lupa kawan. Kepada sesiapa yang nak langsungkan pernikahan or apa-apa jemput la aku. Insya Allah aku akan hadir. Dan doa la juga supaya aku cepat bertemu jodoh eh? :P

Takda motif pun taip post kali ini, cuma sedikit serabut nak final exam ini, mula dia nak distract dengan pelbagai benda. Masa study week ini la nak buat macam-macam. Okay la sambung study, konon ;)

Eh, lapan belas hari lagi juga nak Ramadan. I can't wait. Aku suka ramadan sangat-sangat. Semoga Ramadan kali ini terisi juga seperti Ramadan lepas. Amin amin.



Apr 25, 2015

To the End of B.Pharm


Assalamualaikum.

Sedar tak sedar lagi dua bulan ja nak menapak di universiti. Lepas ini, masing-masing bawa haluan sendiri. Yang diutara, yang ditimur, yang dibarat, yang diselatan dan di Borneo jua. Semoga ukhuwah yang terbina tidak terputus dek lautan mahupun daratan yang memisahkan kita.

Aku bukan la seorang penulis, untuk menitip kata-kata yang indah. Tapi aku gemar berkongsi kisah aku selagi aku menapisnya. Biarlah yang rahsia dan yang tertutup terus kekal ia sebegitu.

Rumusan cerita aku dihiasi dengan gambar-gambar. 

Semester akhir. Clerkship aku pun tinggal lagi satu ja, mungkin Hospital Pulau Pinang tidak bertemu lagi, tapi Allah ja yang mengetahuinya.

6 March 2015, Nostalgia bersama Raihan. Among the best moments, I had in USM. Alhamdulillah ada peluang untuk join.



7 March 2015. Program Brotherhood diadakan di. Program ini menjadi satu tradisi untuk mengeratkan ukhuwah diantara seniors dan juniors. 


From first year to final years. Bergabung :)

Final Year.

27 March 2015, Pharmnight. The only pharmnight aku join since first year. Haha tak rugi pun tak pernah pi selama ini. Hahaha. Okay kidding. Yes, kali ini pi sebab pharmnight tujuan meraikan final year students. So, kena pi :P



The food
28 March 2015, Post-pharmnight. Oh yeah, kami tidur hotel malam itu sebab tak larat nak drive balik usm, so the next day, jejalan Penang :P

3D Trick Art Museum

MammaMia Coconut Ice-Cream

Chocolate and Coffee Museum

Camera Museum

The Street Art

Penutup Majlis; Idrus Ikan Bakar

23 April 2015, Ikrar Pelajar Tahun Akhir Pusat Pengajian Sains Farmasi. Dengan ikrar, detik-detik to the end of the degree tu semakin dirasai. Dekan tanya,' Apa perasaan kamu nak habis dah?' Sejujurnya, aku feelingless. Takda rasa sedih or gembira. Maybe, belum tiba lagi.

Ikrar

The RX

24 April 2015, Spending times with my juniors. Lepas ini, bila lagi nak berjumpa, seorang di Sabah, seorang di Kelantan, yang seorang lagi Alor Setar. 


My Pharmily :D

Sekian. :P



Feb 10, 2015

Tinggal satu semester lagi.

Assalamualaikum and hai.

Alhamdulillah, the result is out No repeat paper, thats important for me rather than the pointer. :P So, last semester here it comes . Eh wait, last semester? Time is moving fast, man. I have been going through all the ups and downs throughout my degree time. Alhamdulillah again and again. It is not easy, weh! But, don't ask for the tips, I am not the one. I am a procrastinator, the last-minute person, the-ponteng-kelas all over the time. *I am sorry to all my lectures :P*

The idea to write this post popped up during registering courses for my last semester. So, this is it,

Jadual Semester Lapan



Aku tak pernah bercita-cita pun nak jadi seorang ahli farmasi, seriously aku taktau pun apa itu farmasi, belajar apa, kena buat apa. I know nothing. Allah puts me here. One used to said to me, 'We plan, He plan, Allah is the best planner. In fact, those words are come from Allah in Surah Al-Anfal [8:30]. After SPM, aku apply JPA for PILN (Program Ijazah Luar Negara) ambil kos farmasi in Australia. Australia is my dream place, I kept dreaming about it. Memang aku nak sangat further study dekat sana no matter what course. But, Allah knows the best.

So, after matriculation, aku apply upu and usm. I got both pharmacy in uitm and usm, So, I chose usm sebab dekat dengan rumah. Prinsip aku senang, once dah jauh baik jauh betul, kalau dalam negara, better pilih dekat dari rumah. Before entering usm, I need to go through interview. From what I remember, Prof Zahri, Prof Gam and the other prof asked me, ' Why pharmacy? What is APEX and so on. My another bad experience with interview. I failed. I suck in interview. Gosh! Aku pun merayu la and alhamdulillah here I am in last semester in my bpharm.

Life in usm is not as easy as what I can imagine. I hampir nak tukar kos, memang tekad gila. I love math damn much, then ambil bpharm banyak chemistry and biology. and I hate bio since school. Perasaan nak tukar kos tu lagi strong bila I got D for my microbiology paper in first year, masa itu Allah ja tahu betapa downnya aku sampai aku taknak balik usm kot. But, one of my best friend cakap, 'Hang ada 110k sila la berhenti.' Mana nak cekau duit banyak tu. So, aku pun balik la usm.

Aku ambil KSCP ( Kursus Semester Cuti Panjang) bulan August kot and still tak lepas, I got C-. Dengki betul microbiology dengan aku. Geez. Alhamdulillah, second time ambil KSCP , aku lepas itu pun atas pagar. Haha. Screw you up. Lepas itu, aku pun ubah la cara aku belajar semua, alhamdulillah it works. No more repeat paper. Tapi takyah la tanya pointer aku. Sekeh mau?

Throughout my degree time, result is not something that I can kenang-kenangkan. Dan sebenarnya, jujur aku takda kenangan sangat dekat usm, bila fikir fikir semula what I have done sepanjang empat tahun ni? I am passive, nerdy juga bukan. Aku tak bersosial and most of the time aku choose to be alone. Kesian, orang yang lone ranger ini dikatakan minda tak terbuka. Go daii. Okay tarik balik :P

Nantilah aku cerita apa yang aku dah join dekat usm. Dan aku yakin tak sampai sepuluh pun boleh aku list. So last semester ini, aku berazam nak jadi aktif sikit. :P Pray for me

Adios for now. Adios
Panjang lebarr post kali ini.