Nov 11, 2015

Vacay


Assalamualaikum.

Yeayy, alhamdullillah setelah beberapa bulan terperuk dalam rumah (menipu sangatt iolls haha), akhirnya kak aku bawa aku pi bercuti. 
Ke manakah aku? Yay pandai Langkawi. Akhir sekali aku pergi Langkawi setahun setengah yang lepas mungkin, pergi dengan Geng 8. :P Tapi kali ini pergi memang pengalaman baru la untuk aku, tak pergi Island Hopping, tak naik cable car, tak panjat Telaga Tujuh, tak pijak Pantai Pasir Hitam, malah tak ambil pun gambar signature Langkawi; Helang yang kedabaq besar tepi jeti itu, habis itu, habis itu apa hang buat di Langkawi? Jomm nak cerita.


 Tunggu kak aku balik dari on-call, siap-siap semua baru tolak dari Sungai Petani ke Kuala Kedah, sampai Kuala Kedah dalam pukul 4 macam itu. Phewww 40 minit ja aku drive dari sp. Kak-kak doktor tidur dalam kereta maklumlah post-call. Tiket pukul enam ja ada. Pfftt. Sampai Langkawi dalam 7.40 juga la, lepas itu pi makan dekat Restoran Kak Yah dekat Persiaran Putra. Masa ini tak ambil gambar apa pun, haha sebab lapaq punya pasal. 

Jeti Kuala Kedah

Oh, yang pi dengan aku, kawan-kawan kak aku lima orang, termasuk aku jadi enam la. Aku ja penggangur terhormat, yang lain busiest-doctors-in-the-world :P
Okay, then kami check in BayView Hotel dekat Kuah berhadapan dengan HG Hotel. Then kak aku tanya

'Nak tak spa, pilih la spa mana nak buat. Kami nak buat spa kat sini esok pagi'

Aku pun dengan malu-malu haha pilih laa spa yang nak dibuat, uuu syoknya ada orang nak bayar. Aku buat Traditional Body Massage Rm120/hour. Masa buat spa, aku siap boleh terlena lagi -.-'

Bilik Kami *Ehsan Google*

Alun-Alun Spa
Then, esok paginya before pi buat spa kami breakfast dalam hotel itu, kak aku dia book untuk dua orang ja bilik tu, so, aku takda la breakfast, tapi aku turun, kak aku kata masuk ja nanti dia bayarkan untuk breakfast. And know what, for breakfast yang tak reach pun standard hotel four stars, RM55/person. Naa, tapi kak aku insists and aku as adik mithali masuk juga la makan. Haha

Lepas itu, check out from Bayview, pergi check in dekat Andaman Hotel. Perghh first time ini aku dengar hotel ini, maklumla biasanya kalau pergi Langkawi, motel ja duduk :P Masa sampai di lobi, ada orang layan dah, bagi air campuran serai apatah lagi dengan tuala sejuk direndam serai. -.-

Lobby

Ini bilik kamii, masa masuk dalam ini, jakun gila aku. Haha tapi tak berani pula aku nak tanya kak aku berapa ringgit semalaman. Orang bayar, takleh banyak bunyi :P






Nampak dak tangga berhampiran dengan jakuzi itu, haa turun tu pergi ke Pantai Andaman terus la. Syok gila sebab pantai ini sangat takda orang and tenang ja. Tapi air laut keruh juga la -.-







Best weh lama gila tak mandi pool. Dapat juga den merasa nak mandi pool.

Dua jam lebih breakfast nak bagi berbaloi ;p
Medical -  Ortho -  Penganggur terhormat - Surgery - Anaest - Paed
Oh, tak lupa Laksa Ikan Sekoq di Lapangan Terbang Langkawi 


Memang habis masa dalam hotel ja, banyak lagi gambar aku ambil sekeliling hotel, tapi malas pula nak upload. Hahah. Lepas itu kami check out pukul 12 lebih juga la. Then, menuju ke Kompleks Haji Ismail Group. Aku and kak aku borong coklat sahaja sampai beratus-ratus. Dekat dua jam juga dalam kompleks. Lepas itu naik feri pukul 5 sampai dekat pukul 7 juga. We have our last pitstop dekat Restoran Nelayan sebelah Petron di Jalan Kuala Kedah. 

Berakhir sudah percutian kali ini. :D

 So, nak ambil kesempatan ini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat kak aku sponsor aku dari first day sampai balik. Kawan-kawan kak aku yang sudi bawa aku sekali. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Amin.

3 comments:

  1. Nanti boleh sponsor abang yang sorang ni yerrrr........ hahhahahahahaha

    ReplyDelete