Nov 27, 2017

Kuching to Miri


12 May 2017, aku dengan travel buddy aku ada dekat Kl masa tu, tengah tunggu flight nak balik ke Kuching. Puas enjoy dekat Kuala Terengganu. We really had a good time. Tiba-tiba kecoh yang posting dah keluar. Masa tu tengah makan nasi kandar dekat airport kot( ayam masa merah dia sedap weh tak tipu )

‘Weh, nak check sekarang ka nanti?’

‘Tunggu habis makan dulu la tapi dah expect pun dapat mana.’

Check dan Tahniah, anda dikekalkan di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Masa tu serious tak rasa apa.

Telefon mama abah, sedih depa ingat aku dapat balik semenanjung bila dah habis PRP. Ada hikmahnya, He knows the best.

Lepas tu,alaa tak ingat laa bila tahu dapat Miri. Yang aku ingat 12 Jun, aku lapor diri dekat Hospital Miri. Masa tu bebal juga, dah la nak raya dua minggu lagi risau boleh ke tidak ni cuti raya. Dah la waran tiket kapal terbang dari Hospital Kuching dah diluluskan.

Patah balik sikit, aku bertolak dari Kuching naik kapal terbang pada 9 Jun. Barang-barang aku yang lain aku sumbat dalam kereta, and aku upah member aku drive kereta aku ke Miri. 12 jam juga perjalanan dia. Masa aku sampai di airport Miri, kereta aku dah ada situ. Member aku tu pun dah naik kapal terbang balik Kuching semula. Thanks sekali lagi dekat member aku dari aku first mai Kuching tak henti-henti tolong aku.

Lepas tu, hal rumah sewa aku, aku biarkan member aku yang sama university dengan aku dulu( syukur juga ada geng) uruskan sebab dia kata dia ada kenal orang duduk Bintulu ada rumah di Miri. Plannya, masa kami sampai di Miri kira boleh amik kunci and terus masuk rumah. Tapi benda nak jadi, tuan rumah tu kata dia tak boleh nak datang Miri, dia ada dalam hutan. Sumpah susah gila nak contact dia. 

Masa tu cuak weh, nak stay mana la ni. Tenang dan doa, gelabah cari rumah dalam mudah.com, tanya orang sana sini. 6 agents kami jumpa, and seriously rumah depa suggest memang payah la nk lepas piawian aku. Nak duduk bukan sehari dua okay! Dah malam dah penat dengan puasa lagi, aku pun cakap kita check in hotel dulu. Duduk la dekat Permaisuri Hotel ( weh rezeki tuu ada duit juga nk duduk hotel huhu insafff - sekarang kenangkan balik, aku tak patut merungut dah banyak kemudahan Allah bagi)

Esoknya try lagi tuan rumah yang asal-asal. Kenapa bersungguh sangat nak rumah ni - aku tengok location dia takda la jauh sangat dari hospital - kalau aku bawa kereta 15minit dah sampai - standard 20-25minit la kalau pagi pi kerja. Keduanya rumah tu orang Islam punya and tak pernah ada orang duduk lagi. Dan rumah dia fully furnished weh. And sewa dia compare dengan rumah aku di Kuching lagi berbaloi laa. 

Cuba-cuba call dia, alhamdulillah dia kata dia akan cuba usaha datang before Isnin (nak kena lapor diri dah kot masa ni) and petang Ahad dia sampai dia kata bagi masa dia seminggu untuk cuci semua , ahh mana boleh lagi sengkek laa nk duduk hotel lagi - lalu kami pun berhuhu kata takpala kami cuci sendiri and guess what tak kotor pun rumah dia. Rumah baruu tu cuma habuk sikit sikit ja. Yah sign contract semua dan kami ada rumah sewa. Alhamdulillah
Dan esoknya kami pun melapor diri dan berorientasilah kami sepanjang minggu. 

And KPF luluskan cuti raya aku, hehe bukan seminggu tapi dua Lepas orientation, aku pun start cuti rayaa. 

Hahah tu jaa la kot perjalanan
And tahu, aku lebih matang dari first time mai Kuching . And syukur Allah permudahkan banyak benda untuk aku. Thanks mama abah dan semua adik beradik aku doa untuk aku. May ALLAH bless kalian. Aminn. 

Setiap kali nak merungut apa apa, aku ingat balik benda benda aku di Sarawak ni. 

Dan nikmat mana lagi yang kau dustai? 

Apr 21, 2017

One Year Ago

Assalamualaikum.

Lama juga tak menyinggah disini. Sebabnya malas nak mengarang. Ini pun sekejap taip sekejap padam. 

So, hari ini hari terakhir aku sebagai seorang provisional registered pharmacist (PRP). PRP ini macam houseman (HO) tapi untuk bahagian farmasi la. But, I am not yet a fully registered pharmacist la, kena tunggu panggilan seterusnya which I don't know when. Hoping after raya, so boleh la cuti lama-lama. Haha

Allah knows the best. Allah is the best planner.
That's the only thing I have to hold on to. Siapa sangka aku ditempatkan di Sarawak untuk menjalani tempoh PRP aku. 

17/4/2016, aku sepatutnya melapor diri aku di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, tapi aku tangguh sebab aku buat rayuan. Masa tau dapat Sarawak, only Allah knows how am I doing. Mujur, my parents sangat supportive, they did everything to help me, emotionally and physically as well as mentally. Tapi Allah knows the best, my rayuan kena reject sebab takda alasan kukuh.

22/4/2017, aku sampai Sarawak dengan my parents. Thanks to Along for financially support. Weh, menganggur almost months, mana ada duit nak beli tiket flight, nak tempah hotel, nak sewa kereta. Only Allah knows the best. For your information, masa dapat Sarawak, hang belum tau lagi hang nak kena campak mana, boleh jadi Kuching, Miri, Sibu or Bintulu, hang akan tau masa hang lapor diri di JKNS saja. So, hari itu just stay di Kuching dulu, sebab hari Isnin baru pergi lapor diri. Along dah booked everything for us. Ngaa terhutang budi. Terima kasih Along :')

Flight Penang to Kuching hanya ada pukul 7 pagi, so pukul 5 pagi dah bertolak dari Sungai Petani, sampai Sarawak pukul 11 macam tu. Kami terus naik taxi pergi ke hotel. First time sampai Sarawak, aku dalam hati 'Oh, bandar besar juga Kuching ini' haha sebab sebelum sampai sini, aku imagine Sarawak ini hutan jaa. Hahaha.

Allah knows the best. Allah sends someone to help us in Kuching. Kawan matrik aku. Dia buat servis kereta sewa, so sewa kereta with price yang okayy not so mahal. And dia juga bantu tunjuk tempat-tempat di Sarawak. Thanks to you. So takda la terkapai-kapai dekat sini. Allah ja boleh balas segala kebaikan dia. 

Hari Sabtu tu, aku pun berjalan-jalan dengan parents keliling Kuching ini. Tapi masa itu, berjalan-jalan pun tak best, dalam hati duk cuak dekat mana la aku tercampak. Nak cari rumah sewa pun tak boleh lagi. Kesian mak ayah aku, depa sangat risau tengok keadaan aku yang macam apa lagi. :"(. Sorry Mama Abah. 

Hari Ahad, ada orang call kata dapat tukar tempat nak buat PRP. Aku pun doa minta petunjuk, tengok mama abah dah sampai sini semua, aku kuatkan hati kata 'Takpala Abah, dah sampai sini, ateh buat prp sini ja la.' So, continue berjalan-jalan lagi masa hati agak lapang. Frankly speaking, I miss my time dengan parents dekat sini, waktu itu, sebab aku macam anak tunggal dibuat depa. Hahahah.

Esoknya, pukul 8 pagi, aku pergi lapor diri di JKNS dengan Kak Qis. Kak Qis ini pun buat rayuan tapi tak jadi pergi. Masa ini Allah ja tahu betapa cuaknya aku dan mak ayah aku. Bukan aku ja cuak tau. Masa bagi segala dokumen, buat ujian bertulis, then tunggu depa panggil. Dia tanya nak mana, laju ja jawab nak Kuching. Allah is the best planner. Aku ditempatkan di Kuching. Syukur sangat masa itu.

Lepas habis lapor diri, terus kena pergi hospital, hari itu dikira sebagai first day kerja. Abah mama pun hantar ke hospital. Dah la sorang-sorang, pergi la jumpa orang yang in-charge. Then, ada seorang floater ini bawa pusing keliling hospital tunjuk kawasan. (Next post, maybe aku cerita pasai stations aku kena attach - tu pun bila rajin la)

Then, Allah uji sedikit. Rumah sewa. Masya-Allah, aku dah menyusahkan my parents for the whole two weeks. Oh, my parents stayed dekat Kuching, dua minggu juga, they didn't even dare to leave me alone selagi aku tak settle down semua. May Allah rewards them the best here and after. Masa aku pergi kerja 8am to 5pm, depa pusing keliling Kuching looking for a house for me. Susah weh nak cari rumah sewa. We stayed at hotel for almost 10 days, baru dapat rumah sewa. Itu pun sewa seorang and kebetulan a few days after aku lapor diri, ada new PRP juga, so tanya dia nak masuk sekali ke tak, alhamdulillah dia nak tapi after few weeks dia lapor diri baru dia nak masuk. It's okay sebab at least I got a home to stay. Lepas beberapa hari masuk, abah mama pun nak balik Kedah. Ngaa nasib baik juga depa balik time aku tengah kerja, again thanks to my friend sebab sudi hantar my parents to airport. 

So, hari berlalu hari, dah setahun berlalu, siapa nak sangka. Semua berjalan dengan lancar dan dimudahkan. Berkat doa mama abah yang tak putus-putus. Banyak sangat orang bantu aku waktu aku sampai Sarawak, thanks to my teachers yang sanggup hubungi kenalan mereka di Sarawak to help me here. Semoga Allah balas kebaikan kalian. Semoga aku tak lupa jasa baik depa ni. Phew berhabuk pula mata. Haha.

Setakat ini ja la dulu. Pasai kerja, pasai my life here nanti la aku cerita.
Kang berjela-jela lagi jadi. Haha. 

:)