Jan 23, 2015

Santai Ukhuwah Semester Tujuh


Manisnya sebuah ukhuwah. Syukur dipertemukan dengan mereka semua. Percaya atau tidak, tinggal lagi satu semester untuk bersama mereka. Lepas ini, bertebaran lah kami semua di serata negeri membawa haluan masing-masing.

Semoga aku di antara kenangan yang terindah.

Kami habis peperiksaan akhir semester tujuh tepat jam 11.00 pagi 9 Januari 2015. Dan aktiviti setiap sidang/semester, akan diadakan sebuah santai ukhuwah pada keesokkan harinya.

Kali ini, ketua kami memilih di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau, Penang. Dengan berkonvoikan 11 buah kereta, kami bertolak dari universiti dalam pukul 8.30 pagi. Seronok. Tambah seronok sebab dah habis peperiksaan. :P

masih tak cukup bilangan


Mencari yatyat

Layang-layang



Tuju selipar

Permainan tradisional menjadi pilihan hati. Mengimbau zaman berlari di dalam masjid, zaman cepat nak habis ngaji nak main, zaman yang pi ngaji tak perlu disuruh-suruh sebab nak main punya fasal.

Rounders, Zero Point, Tuju selipar, Anak ayam-musang, Pepsi-cola.

Kenangan. 
Insya allah, dirindui :')

Jan 1, 2015

Selamat Tahun Baru

hak milik tercipta

Selamat Tahun Baru, 2015


Cepatnya masa berlalu. 2014 sudah berlalu. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk terus beribadat kepadaNya. 

Semoga kita menjadi lebih baik pada 2015 ini. 

2014, satu tahun dimana aku berada di dunia ini yang penuh dengan ujian dari Yang Esa untuk kita muhasabah diri dan kembali kepadaNya. Semoga digolongi dalam orang yang dalam limpahan kasih sayangNya.

Tiada siapa yang sangkal, dunia semakin tua. Fitnah-fitnah akhir zaman kian mencemburui dan mengejar kita. Allahu. Semoga Allah lindung.

Azam?

Jika ingin disenarainya keinginan duniawi, sesungguhnya hati manusia tidak pernah mencukupi.

Tipulah, jika aku mengatakan aku tiada keinginan dunia. Dusta.

Apa-apa pun, 
Semoga kita dan negara kita terus dibawah lembayung kasih sayang Yang Pengasih lagi Penyayang. 


Oh ya,

Salam Maulidur Rasul.

Selawat keatas junjungan Kekasih Allah ya Muhammad Rasululillah :)