Jan 29, 2013

Kekeliruan

Assalamualaikum!

Dah dekat sepuluh hari kot cuti entah tak bilang laaa pula. Haha. Apaa pun aku dah taktau nak buat apaa. Padahal berlambak kerja aku nak kena buat.  Kerja bersihkan kan jiwa dan rohani pun tak terbuat. Tak istiqamah ya aku :(

Sebenarnya takda apa pun entry kali ini. Cuma, kebelakangan ni, hati berlebih-lebih dari tuan badan. Aduh. Sabar ja la. Kemeningkatan umur kot. Kahkah. Rasa diri sangat muda. Haha

Jangan cemar hati dengan benda yang lalai. Ingat tu Asma. :)

Hati aku masih keliru.

Apaaa pun, usaha nak jadi Muslimah yang bukan pada pakaian sahaja tapi dalam semuaaaaa aspek masih lagi di peringkat yang bawah kot. Entah. Doa laa aku.

Okay dah.

Sekian, terima kasih.

Bila baca balik entri ni, rasa macam Erk erk. Apa kahhhh? Jangan judge aku bukan bukan, taktau silaa im kat fb. Haha. Bajet ada orang baca laaa. ;)

Jan 20, 2013

Cerita aku.

Assalamualaikum!
Lamanyaaaaa tak naik-kepada-tarikh kat blog ni. Selalu ja aku buka bahagian mencipta post, tulis ja salam, tutup balik. Perasaan nak menulis tu hilang. Poof!

Sekarang tengah cuti. Dekat seminggu dah la cuti baru laaa reti nak menulis post baru. Tu pun pasai benda yang dah nak basi. Pasai apa yang berlaku sepanjang minggu peperiksaan. *nangis tepi almari, lap air mata sambung menaip*

Peperiksaan aku bermula 2 Januari 2013. Dosage Form Praktikal. Aku ditempatkan di kumpulan dua. Jadi aku datang ke tempat kuarantin pukul 10pg. Apa yang kena buat? Mula-mula kami diberi soalan. Ada dua soalan. Soalan satu kena sediakan infusion preparation. Soalan nampak mudah dimana bila berakhirnya perasaan was-was tu muncul. Haha. Soalan kedua tak silap aku eye drop kot. Tak ingat. Minta ampun. Haha. Sebelum nak menyediakan ubat ubat itu, kami kena melengkapkan preskripsi dan laporan. Secara kasarnya laporan itu ada pengiraan dan cara penyediaan ubat. Apaaa yang berlaku, masa nak tulis slip kehadiran, kena tulis nombor giliran dan baru aku sedar aku tak bawa masuk slip peperiksaan. Cuai itu aku. Pi la tengok kat luar makmal, list nama. Masuk balik. Kemudian pembantu makmal nak kutip slip itu, sekali nak tengok slip peperiksaan, aku tinggal dalam  tempat kuarantin. Minta ic. Tinggal juga. Akhirnya, pembantu tu mengiringi aku ke tempat kuarantin. Malu oi dengan kecuaian aku. Sila periksa segala kelengkapan anda. Haha,

Hari kedua 4 Januari. Kertas Bahasa Inggeris Persediaan. Kertas ni, aku tak fokus sangat sebab dia sama ada lulus atau gagal ja. Tak masuk pointer pun. Hewhew. Tapi kan waktu peperiksaan itu, aku dah check berbelas kali tempat duduk aku dalam dewan. Aku yakin sangat, aku masuk dan dengan slumber aku duduk. Lepas tu aku tengok budak laki kos aku ni duk ulang alik kat tempat duduk aku. Dia menyerah kot akhirnya dia tanya aku, betul ke ni tempat hg? Aku pun tercengangg takkan aku salah kot? Aku tak percaya pi check kat luar dewan balik. Dannnn aku salah tengok. malu oi! Rasa nak menyorok jaa muka kat bawah meja. Sejak tu, rajin pula budak itu duk menyakat aku. Kfine! Haha

Kemudian kertas seterusnya, 7 Januari. Pukul 9pg subjek BioChemistry. Aku jawab la benda apa yang aku belajar malam tu. eh! Haha. Harap semua baik baik belaka. *dalam hati Allah ja tahu perasaan aku selepas menjawab Biochem. Kemudian pukul 2.15ptg, kertas Dosage Form Theory. Yang ni pun belajar tu mudah nak faham tapi nak mengingat. Hm hm hm. Haha. Semoga praktikal aku membantu la theori ni. Amin!

8 Januari kertas Management. Ada 30 objektif dan 2 esei. Setiap esei 20markah. Dan kena jawab dalam masa sejam. Lenguh tangan tulis tak berhenti henti. Okay la kot kertas ni.

9 Januari Physical Pharmacy. Kertas ni antara kertas yang okay bagi aku. Banyak pengiraan. Alhamdulillah boleh. Harap kertas ini boleh menyokong pointer aku la.

10 Januari Antimicrobial Therapy. Kertas ini sejujurnya aku rasa nak menangis. Aku dah usaha insya Allah. Aku dah buat sedaya upaya. Aku fokus. Sebenarnyaa, subjek ini seronok. Mengenal ubat ubat. Interaksi antara dadah, kesan sampingan, adverse effects, yang tu susah nak ingat. Kebanyakkan aku jawab bahagian chemistry sebab aku boleh gebang. Haha. Haraaap sangat, kertas ini takkan jumpa aku dah. Amin amin. Tolong doa tau.

11 Januari Medicinal Chemistry. Kertas yang senior senior pesan dari awal, kertas yang sangatt susah. Kami pelajar pelajar yang tidak bersalah dan naif ini, takut Allah ja tahu. Dari awal sem, kami fokus fokus. Dan Ya kami setuju dengan senior susah. Bila tibanya waktu peperiksaan, Alhamdulillah ketakutan kami itu sedikit sahaja berbaloi. Sejujurnya, aku sangat berdebar sebelum nak menduduki kertas ini. Alhamdulillah, tidak sesusah antimicrobial yang 80% aku gebang, waaa.

Dannnn tamatlah Semester Satu Tahun Dua aku. Alhamdulillah. Hope semua okay! Tolong doa sama untuk aku. Sekarang aku tawakal kepada Allah. Allah maha Mengetahui :)

Dan aku berharap apa yang aku belajar, aku ingat sampai bila-bila supaya nanti nak kerja senang. Takyah rujuk sana sini dh. Sekian. Adios!

Smile makes your day. Lets smile :)