Feb 16, 2012

Lawatan ke KMPP

Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya jejak juga kaki buat kali ke dua ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang terletak kat Pongsu Seribu. :D Walaupun setahun je aku duduk sini, but still no place can replace this place. T_T Rinduu member, rindu life. Quite hate Uni's life T_______________T
Pongsu Seribu Cafe *Tempat wajib :P

Oh Padang tenis :D

Blok apa tah nie. Fizik kot. Ke aku menipu :P

Balai Cerap. Cepatla siap, nk guna nie :P

Dewan Farabi. suka berlari-lari dalam nie :P

Tasik. Awat warna bertukaq? Junior ampa buat apa niee? :P

dahh la tu. Sapa nk tgk KMPP ku sayang, mai melawat, kalau senang nak masuk la :P


Smile makes your day. Lets smile :D

Feb 12, 2012

A Trip to Langkawi :)

Assalamualaikum :)
Kali ini post tentang trip to Langkawi. Tau kat mana tempat ini? Kat Kedah Darul Aman. Juga dikenali sebagai Chocolate Heaven *okay aku yang bagi panggilan ini :P Jom-jom tengok gambar dah :D
Jeti Kuala Kedah :)

Susunan Pokok Getah yang menarik. *whatever :P

Ehem tiket paling mahal - Underwater World. Soalan paling bodoh pernah terkeluar
dari mulut aku : Erk, takda Ular ka kat sini depa tunjuk? Lupaa Under Water T_T

Pulau Dayang Bunting *kena kejaq dengan monyet =='

brother2 ataih bot :D

I dunno depa dapat nama ini sempena apa. And takda apa pun sini :P

Cable Car :D

Menara kat cable car. Dingin :)

terletaknya Telaga Tujuh kat situ :D

Jalan Mati Teluk Datai *tujuan nak cari lokasi pengembaraan Ombak Rindu :P



Sunset on the way balik Sungai Petani :)

Fuhh, balik dari Langkawi, terbakar sangat aku. Yang hitam makin hitam :P Nice trip walaupun tak beli apa sangat since pokai dah :P hehe


Smile makes your day. Lets smile :)

Feb 1, 2012

Dinar dan Dirham

Assalamualaikum sahabat handai :)


Alhamdulillah, setelah lama tak menjenguk ke blog, akhirnya ada juga kesempatan untuk membuat nukilan baru. hmm tajuk kali ini, benda yang bukan baru, malah telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w
Sebenarnya, kita sedar akan kewujudan Dinar dan Dirham ini, tetapi pandangan kita telah dikaburkan atau lebih tepat dibutakan dari melihat kebenaran. Sekarang, kita telah didedahkan semula Dinar dan Dirham ini, jadi untuk apa lagi kita berdiam diri, ayuh kita bersama-sama bangkit dan bangun memperjuangkan sunnah Rasulullah s.a.w ini.


Dinar dan Dirham


Apa itu Dinar? Apa itu Dirham?


Dinar merupakan syiling emas yang beratnya 4.25g mengikut piawaian Saidina Umar Al-Khatab. Manakala, Dirham merupakan syiling perak yang beratnya 2.975g. Kedua-dua mata wang ini digunakan untuk membayar zakat, mahar, tabungan, bahan pertukaran, hadiah dan sebagainya.



Penggunaan Dinar Dirham
  1. Untuk tabungan dan lindung nilai kerana emas dan perak itu berharga.
  2. Untuk hadiah dan sedekah kerana dinar dirham itu sendiri bernilai.
  3. Untuk membayar zakat dan mahar kerana ia dianjurkan oleh syariah.
  4. Untuk berjual beli kerana kedua-duanya ialah bahan perantaraan yang diterima umum dan merupakan mata wang syariah
Untuk Tabungan dan Lindung Nilai

Abu Bakr Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah salallahu’alaihi wa salam bersabda:
Satu masa akan sampai kepada manusia dimana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham.” Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal.
Emas dan perak adalah mata wang paling stabil di dunia. Ia terbukti berkesan dalam melindungi harta daripada hakisan inflasi. Sebagai contoh, harga ayam pada zaman Rasulullah salallahu ‘alaihi wa salam ialah ialah 1 dirham. Hari ini, setelah lebih 1,400 tahun, harga seekor ayam masih lagi di sekitar 1 dirham.
Aset anda anda terselamat dari susut nilai akibat tekanan inflasi. Semakin merudum nilai wang kertas, semakin melonjak nilai dinar dan dirham anda. Bertukarlah kepada dinar dan dirham.
Untuk Hadiah dan Sedekah

Dinar dan dirham boleh dijadikan sebagai hadiah untuk sebarang acara dan majlis.

Timbanglah rambut Husain dan bersedekahlah untuk sebarang berat rambut tersebut dengan (dirham) perak dan berikanlah kaki akikah kepada suatu kaum.” Hadith riwayat Baihaqi daripada Ali Ibn Abi Talib.
Pembayaran Zakat

Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga maka pengambilan dan pembayarannya hendaklah dibuat dengan mata wang syariah iaitu dengan dinar dan dirham terutamanya untuk zakat harta, seperti yang telah dilakukan sejak awal Islam sehinggalah jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.
Ain dan Dayn

Zakat hendaklah dibayar dengan bahan yang ain dan bukannya dayn. Menurut Imam Abu Bakr al-Kasani dalam kitabnya Bada’i al-Sana’i, zakat mestilah dibayar dengan barangan ain, dan tidak boleh dibayar dengan dayn iaitu hutang, tanggungan mahupun nota janji.
Kadar Zakat Harta

Zakat Harta merujuk kepada emas dan perak dalam semua bentuknya dan barang dagangan. Jumlah nisab untuk zakat harta ialah 20 dinar (85gram) dan 200 dirham (595gram). Bagi setiap 20 dinar, zakat yang kena bayar ialah 1/2 dinar dan bagi setiap 200 dirham, zakat yang kena bayar ialah 5 dirham. Ukuran disini bukanlah harga emas atau perak, tetapi beratnya.
Untuk Mahar(Mas Kahwin)

Abu Salamah Ibnu Abdurrahman radhiy allahu anhu, berkata:
Aku bertanya kepada Aisyah radhiy allahu anha: “Berapakah mas kahwin Rasulullah salallaahu ‘alaihi wa salam? Dia berkata: ‘Mas kahwin baginda kepada isterinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy’. Dia bertanya: ‘Tahukah engkau apa itu nasy?’ ‘Aku jawab: Tidak.’ Aisyah berkata: ‘Setelah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham’.” Hadith riwayat Muslim.
Malik berkata:
Aku tidak bersetuju jika wanita dinikahi dengan (mas kahwin) kurang dari seperempat dinar. Itu adalah jumlah terendah, yang [juga jumlah terendah] untuk mewajibkan pemotongan tangan [kerana mencuri].” – Imam Malik, Al-Muwatta.
Terdapat ramai pasangan di Malaysia yang telah pun menggunakan dinar dan dirham sebagai mas kahwin sejak tahun 2000 lagi..
Untuk Urusan Berjual Beli

Dinar dan dirham adalah mata wang syariah maka ia boleh digunakan sebagai bahan perantaraan untuk berjual beli. Amalan berjual beli seperti ini sudah dilaksanakan sejak permulaan Islam lagi dan merupakan salah satu cara untuk menangani masalah riba.
Kebebasan

Persoalan mengenai wang pada asasnya ialah persoalan mengenai kebebasan. Apabila orang ramai diberi kebebasan untuk memilih, mereka memilih emas dan perak. Kita kini dipaksa menerima wang fiat (wang kertas) yang nilainya ditentukan oleh undang-undang.
Kembalilah kepada emas dan perak. Kedua-dua mata wang dwilogam iaitu dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertiban. Dinar dan dirham adalah jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.
Bakal dilancar pada bulan March 2011, insya allah :)


*Harga semasa boleh dilihat pada website ini : www.islamicmint.com.my
* Ingin mengetahui maklumat lanjut atau bertanya lebih lanjut boleh join group Dinihari Dinar di Facebook :)

Itu sahaja la yang mampu aku berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian. :)

Smile makes your day. Lets smile :)