Dec 17, 2012

Aku dah lain

From google 
Assalamualaikum :)

Minggu belajar bermula
Harap istiqamah belajar dan berdoa serta bertawakal.

Bukan bercerita hal minggu belajar.
Lebih menjurus kepada keadaan aku.

Aku dah lain.
Mungkin tiada yang sedar.
Baik ke lain aku?
Entah. Wallahualam. 

Aku bukan lagi aku. 
Aku yang dulunya tidak sekental ini,
Terasa mana pun aku, hati masih genggam utuh.
Aku yang kini tidak lagi bergantung,
Aku yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Kekuatan pada iman yang seciput, 
Yang bergantung pada Yang Maha Esa,
Ketabahan yang cukup cukup makan 
Yang mungkin buat aku terjelepok,
Kamu.Ya kamu!

Tabahlah wahai hati :)

*pilu melihat teman teman pulang ke kampung halaman,
Ada rezeki akan ku pulang.
Semoga rezeki itu ada.
Amin.


Smile makes your day. Lets smile :)


Dec 8, 2012

The heart

Assalamualaikum.

Hati manusia tiada siapa yang tahu
Terokai untuk jawapannya


Aku termenung di luar jendela kebesaran dan keindahan ciptaanNya,
Tanpa aku sedari, ungkapan syukur meniti di bibirku,
Air mata mengalir tanpa dipinta,
Hati luluh tanpa ungkapan.
Seketika,
Susah untuk ku ungkapkan,
Aku tiada kudrat untuk aku luahkan,
Memendam rasa keseorangan,
Menitis lagi air mataku. 
Seketika,
Bukankah Allah bersamamu, Asma?
Ungkapan istighfar bergema di dalam hati,
Lalai dan alpa dengan perasaan sendiri,
Tidakkah aku ketahui bahawa Allah Maha Mengetahui.
Menitis lagi air mata dek kekhilafan diri.

Menitis airmata bukan jalan penyelesaian. 
Aku merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.

Dec 2, 2012

Time is precious.





Ya Allah, Engkau berkatikanlah waktu-waktu kami
Penuhilah kehidupan kami dengan rahmatMu.
Ya Allah, jangan lah Engkau biar kami tenggelam dalam kealpaan dan kelalaian kami terhadapMu.
Jadikan kami hamba yang sentiasa mengingatiMu dalam setiap desah nafas kami.
Amin.

Assalamualaikum. Masih lagi berkesempatan menaip entri baru pada bulan baru ni, walaupun aku sebenarnya dan sepatutnya tiada lagi waktu untuk menghadap benda ini. Mohon bersabar. :)

Disember. Ya Allah, cepatkan masa berlalu. Baru sahaja aku merasa aku bermula sebagai pelajar tahun kedua. Final exam semester satu hampir menjelang. Keluh.Mohon doa kejayaan aku diselangi dengan kesyukuran pada Yang Esa.Terima kasih terlebih dahulu. Semoga Allah berkati kalian :)

Berfikir sejenak.Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, jangan menolak tepi amalan-amalan yang medekatkan diri dengan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Pilu. Doakan aku istiqamah. Aku berharap kalian sebegitu jua istiqamah bersama aku. Amin.

Semoga aku dan rakan seperjuangan berjaya menempuhinya dengan sabar. Biar kesibukan dan keresahan, kepenatan kita mendekatkan diri kita dengan Allah. Hikmah. Allah Maha Mengetahui.




Smile makes your day. Lets smile :)