Jul 31, 2012

Kesyukuran

Assalamualaikum.

Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.


Kaifa halukum? *teringin nak berbalas-balas perbualan dalam Bahasa Arab. :) Apa khabaq semua? Apa khabaq Iman dan Takwa semua? Semoga berada dalam level yang sepatutnya berada. Alhamdulillah, kita dah pun menjejak kaki ke 11 Ramadan. Masya-Allah, cepatkan masa berlalu. Dah masuk fasa pengampunan. Semoga kita diampun oleh Allah. Amin :) Jangan pula kita yang lokek untuk meminta keampunan dari Allah. Sahabat semua, ayuh kita pertingkatkan iman kita, ihsan kita dan Islam kita. Insya Allah :)

Ahhh, tengok tajuk pun dah tahu kan, tak lain tak bukan pasai result la nie. Hari ini, result final Semester II baru je keluar pagi tadi. Alhamdulillah, walaupun tak sebaik mana, tapi masih ada peningkatan. Semoga terus meningkat sampai la bergraduasi. Doa aku ya sahabat semua :)





Ya, aku tahu aku masih belum kukuh lagi dalam akademik aku, tambah-tambah ketika aku berada dalam dunia Universiti ini, mungkin kerana kurang ibadat aku kepada Allah, kurang usaha yang setimpalnya *ahh ini aku mengaku. Paling penting, Allah mengatur yang terbaik untuk saya, Insya Allah. Allah Maha Mengetahui. He knows the best. 

Mak aku ada berkata pada aku setelah melihat keputusan final, "Takpa, usaha lagi. Bukan penamat segalanya. Ada perkara yang lebih penting iaitu belajar Iman, Ihsan dan Islam. Bekalan yang kita nak bawa ke akhirat sana. 

Aku memahami apa yang cuba disampaikan oleh mak aku. Belajar untuk menjadi seorang Farmasi adalah satu kifayah, tapi belajar mengenai Iman,Ihsan dan Islam adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam. Jadi, bila dapat keputusan peperiksaan, bersyukur kepada Allah. Allah lebih tahu dari kita. Allah adalah Sebaik-baik perancang. Beriman pada Rukun Iman yang keenam ; Percaya pada Qadak dan Qadar. 

Malah, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Dzariyyat ayat ke 56 ;  “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” Jelas dimana menjadi keutamaan kita dalam kehidupan dunia ini. 

Jadi, sama-sama kita menjadi Hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi. Alhamdullilah. :) 

Aku seorang hamba yang masih khilaf, yang masih memerlukan penambahan ilmu, didikan dan tunjuk ajar :)

Smile makes your day. Lets smile :)

Jul 25, 2012

Hanya sekeping gambar


Assalamualaikum. 

Hari ke-5 dalam Bulan Ramadan Al-Mubarak. Cepat kan masa berlalu. Sedih mengenangkan Ramadan berlalu pergi. :| . Apa khabar jiwa, rohani dan fizikal ampa di bulan Ramadan ini? Semoga kita dapat hayati Ramadan ini dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah s.w.t

Tiada topic. Tiada kata. Hanya sekeping gambar menjadi coretan, keluhan, luahan suara hati penulis iaitu aku. 





Smile makes your day. Lets smile :)

p/s : But, I couldn't smile. Smile for me, okay? :|

Jul 22, 2012

Puding Gula Hangus versi saya :D

Assalamualaikum.

Okay, next post; Puding Gula Hangus. haha. Terniat nak tulis entry pasal ini sebab ada member minta resepi, so apa salah aku share dalam blog aku ja. Okay back to topic. :D

Ini hasil dari resepi aku dan air tangan aku, :)



Bahan-bahan yang diperlukan :)

10 biji telur
1 tin susu cair/ evaporated milk F&N
1/2 tin susu pekat.
2 sudu besar tepung kastard dicampur dengan 1/2 cawan air
2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan gula putih. 

Cara-cara nak melakukanya. :)

A. Menyediakan gula hangus.

1. Panaskan gula putih di atas api sehingga cair dan bertukar keperangan. Slowkan api.
2. Masukkan 1/2 cawan air kedalam tu, tapi kena kacau kuat sikit sebab nanti akan melekat dan kembung. :
3. Biar cair semua dan masuk ke dalam loyang.
4. Biarkan ketepi.

B. Adunan puding.

1. Pecahkan telur dan kacau. Masukkan susu cair, susu pekat, kastard ( yang telah dicampur dengan air) dan esen vanila.
2. Kacau sehingga kembang.
3. Tuangkan adunan puding yang dikacau tadi ke dalam loyang yang berisikan gula hangus tu.
4. Then, kukus selama 1/2 jam.
5. Lepas dah siap kukus, biarkan sejuk. Then, terbalikkan puding gula hangus ini kedalam piring. Letakkan dalam peti ais. Okay, siap :)

Itu sahaja kongsi dari saya. Selamat menjamu selera.


Smile makes your day. Lets smile :)

Jul 19, 2012

Salam Ramadhan :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk meng-update blog. hehe :) Apa khabar, readers? 
Dah umum dah yang Sabtu, 21 Julai 2012 ini start berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah sepanjang bulan Ramadhan. Guna la bulan ini sebaik-baiknya untuk kita di dunia dan akhirat sana. Insya Allah :)



Memang tak berseni sungguh, Asma Siddiqa ini. hehe :D

Smile makes your day. Let's smile :)

Jul 2, 2012

Anak-anakku :)

Assalamualaikum. Alhamdulillah sudah tamat pengajian aku. Erk untuk Tahun 1. Semoga keputusan aku dapat aku meneruskan perjuangan dalam bidang aku dan membahagiakan hati kedua ibu bapa aku. Pray for me, okay? ;) Sayang ampa :D Sebenarnya entry ni sepatutnya tulis lama dah, since busy sangat dengan exam, dengan travel (eyt?), dengan malas. haha. Okay melalut dah.

On 12th March 2012, aku menziarahi atau lebih tepat membuat amal kebajikan di Rumah Gemilang Anak-anak Yatim di Sik, Kedah Darul Aman yang tercinta <3. Program ini under Kumpulan Anak-anak Kedah USM (KAKUSMA). Seramai 50 orang kot yang join. Alhamdulillah, kehadiran kami ke sana bukan takat membantu depa kemas-kemas kawasan penginapan depa, malah kedatangan kami membawa seribu kebahagian dekat anak-anak nie. Seriously, kami sangat tersentuh cara  anak-anak nie melayan tetamu, cara-cara mereka menyambut kehadiran kami. Penuh dengan kasih sayang. May Allah bless them always and give them the best dunia and akhirat. Amin. Meh tengok gambar :)

Their surau

My adik-adik

The sweet home :)

The heart broke into pieces seeing them crying T_T







Sekian sahaja dari saya kali ni. Adios !

Smile makes your day. Lets smile :)