Jan 18, 2012

Kenangan Lama

Assalamualaikum teman-teman :D

Alhamdulillah cuti sem dah start. Means dah berakhirnya Semester 1 aku sebagai seorang pelajar farmasi. Tinggal lagi 7 sem. Harap boleh survive sampai penghujung. Amin :) Insya-Allah.

Sebenarnya, aku terfikir nak menulis tentang kenangan lama aku. Lama ke? Takda la lama sangat. Kenangan aku di sebuah kem. Kem Perik 2011/2012. Kem ini merupakan satu kem yang wajib bagi setiap pelajar USM. kalau dak takleh grade *depa-depa la kata :P

Kem Perik ini terletak kat Kuala Nerang, Kedah Darul Aman yang tercinta :) Ada dekat 100++ juga la yang ditempatkan kat sini. Dari bilangan tu, ada 18 orang budak Farmasi. Termasuk la aku. Aku takmau cerita sangat. Meh tengok gambar dah la. Kem Perik ini seperit namanya. Kami siri terakhir ni, kena ragging la sikit, tp tu semua menjadi kenangan terindah gak la, walaupun time tu, mmg nak cabut lari je :P


Ni la budak-budak Farmasi 2011/2012 

Company B. *kami menang neh :P


Platun aku. *tak ingat la pula Platun berapa T_T


Okay we need to cross this *the only thing aku tak lepas =='


Again dengan coursemates :)


*Pictures credit to my fasilitator , Abg Syakir :)

Last but not least,

Smile makes your day. Lets smile :)

Jan 15, 2012

Finally :)

Assalamualaikum sahabat :)

Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah perjuangan aku. Perjuangan? Peperangan ke? Hehe peperangan dalam dewan peperiksaan. The most difficult, extreme, drop-dead-killer examination berbanding exam-exam aku pernah hadapi. Sebab tu lama aku tak cuci blog aku ini. Dah berdebu dah. :) I'm hoping for the best. Insya Allah. Allah knows what the best for me.

Hari pertama menduduki paper Microbiology, menyebabkan aku jadi sangat down untuk paper-paper seterusnya. Alhamdulillah dengan support kawan-kawan, doa yang tidak putus-putus dari kedua-dua ibu bapa aku, aku berjaya juga menghadapi exam nie. May Allah bless them and us . Amin :)


Now, I'm free. Dalam pemikiran dan perancangan aku, mcm-mcm nak buat. Dari nak ke vacation, nak menimba ilmu yang luar dari bidang ku, dan juga menjadi tutor math. Mai-mai sapa nak suruh aku ajar math. :) Tu la salah satu cara aku nak hilangkan rindu ku pada Math memandangkan aku tak belajar math da la nie. :')

Smile makes your day. Lets smile :)

Jan 7, 2012

Kematangan

Assalamualaikum :)

Baca tajuk tau dah boring, haha tapi well nak cerita gak pasai kematangan ini. Matang ini ukur dari segi apa ya? Umur ka? Sikap ka? Buah fikiran ka? atau wajah yang menampakkan kematangan? hmm, susah sebenarnya nak mengukur kematangan seseorang tu. Kematangan ini subjektif.. Aku pernah berbincang hal ini dengan budak kos aku. Aku mengatakan yang umur bukan mejadi satu ukuran kematangan. Kawan aku ini pun kata dia setuju dan dia bertanya bagaimana nak mengukur kematangan ini? Haaa, dengan tu aku rasa nk tulis blog pasai ini :P

Ini ada satu cerita, yang tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. :)

Hmm macam mana nak start ya. Ada la beberapa watak dalam cerita ini, yang terdiri dari A dan B dan C. Si A ini merupakan seorang mahasiswa dekat sebuah universiti tempatan. Dia mengetahui sesuatu yang kebanyakan orang lain, dan dia cuba berkongsi hal ini. Si A ini sentiasa mencari bahan-bahan rujukan yang boleh menyokong isu dia. Selepas dia dah yakin untuk berkongsi dengan lain, dia cuba mencerita isu itu dengan rakan-rakannya. Namun, ada la seorang ( watak lain yang dipanggil B) yang lebih tua dan makan garam dari Si A, cuba membangkang isu Si A ini. Pada awalnya Si A ini okay je lagi, lepas tu Si B ini cuba membangkang dan mengatakan Si A ini tidak cukup umur lagi untuk bercakap tentang isu.

Okay stop kat situ, apa yang saya cuba HIGHLIGHT disitu, tidak semua yang lebih muda itu, tidak mengetahui apa-apa. Kalau Si B sendiri tidak fasih tentang hal itu, sepatutnya mengkaji dan bukan membangkang secara tanpa sokongan.

See, umur dekat sini, bukan menjadi satu ukuran kematangan. Kadang-kadang orang yang lebih muda lebih matang. Matang dari segi pemikiran. Bagi saya, kematangan seseorang itu dapat dilihat melalui buah fikirannya dan tindakakannya. Bukan tindakan yang mengutamakan emosi. *peace

Smile makes your day. Lets smile :)